Sabtu, 12 Mei 2012

300 POSTS,9 DIE PROGRESSIVE

        Dengan tersiarnya post ini,genaplah 300 posts dalam blog depankanta.Sejak bermula pada pertengahan bulan mac 2011 hingga sekarang berbagai kategori syiling error telah dipamirkan, diiringi sesekali dengan post santai hujung minggu yg bertujuan untuk perbagaikan pengetahuan dikalangan numismatis disamping merehatkan minda...

         Dalam tempoh 15 bulan berlalu depankanta agak tergesa-gesa dan ada kalanya hampir setiap hari mempamirkan penemuan baru untuk dikongsi dgn pelawat.Ruang masa yang ada untuk hobi ini dirasakan begitu padat menyebabkan depankanta kekurangan masa untuk melawat blog rakan2 yg lain.Banyak masa dihabiskan untuk menyediakan posts untuk blog ini.Setelah genap 300 posts yg berjaya di upload untuk dijadikan bahan perkongsian dikalangan pengumpul syiling error,bagi fasa seterusnya mungkin akan diperlahankan sedikit bagi meluangkan masa melawat blog rakan2....

       Sempena angka bilangan post yg istimewa,depankanta pamirkan set 9 keping syiling die crack 1 sen 2003 dengan jelas dapat disusun mengikut die progressive.Mengambil masa tiga tahun untuk dikumpulkan dari pencarian lebih 100K keping syiling 1 sen....

              Perhatikan perubahan kesan keretakan dan saiz blob yg terjadi......

      Syiling pertama dalam koleksi depankanta,keretakan sudah agak ketara serta telah terbentuk blob pada huruf "N"....

  Syiling kedua menampakkan keretakan yg semakin panjang dan blob baru muncul atas huruf "N"...

Syiling ketiga,keretakan mula menuju arah angka "0"...Blob yg kecil mula terjadi semakin membesar...

        Syiling keempat,muncul lagi Blob baru pada keretakan .......

   Syiling kelima,.blob semakin membesar...Keretakan mula melengkung menuju angka"1"...

  Syiling keenam,blob semakin membesar serta keretakan mula membentuk bulatan....

     Syiling ketujuh,keretakan dari angka "0" menuju angka "1" membentuk retak dalam lingkungan...

            Syiling kelapan,keretakan semakin menghampiri angka"1"....
     Syiling kesembilan dan yg terakhir dalam koleksi depankanta hanya setakat menunjukakan keretakan yg hampir lengkap bertemu dgn keretakan asal.Depankanta berpendapat syiling ini berpotensi membentuk cud apabila ruang tengah2 keretakan ini akan pecah dan terserpih keluar....

        Die progressive dgn sembilan keping syiling begini sangat sukar dijumpai berada ditangan seorang pengumpul,bukan mudah untuk memburu syiiling2 variti die yg retak ini diantara 235,350,000 keping syiling 1 sen 2003 yg dikeluarkan oleh BNM...Koleksi begini sesuai untuk dijadikan bahan pamiran syiling error yg memberi peluang kepada pelawat untuk melihat sendiri perubahan yg terjadi....


    Mungkin pelawat juga miliki syiling 1 sen 2003 yg mempunyai ciri2 yg sama dan syiling itu mengikut susunan die progressive akan berada dimana-mana antara syiling-syiling ini.....

                       "TERIMA KASIH SEMUA,TERUS MAJU NUMISMATIK MALAYSIA"

6 ulasan:

  1. Terima kasih diatas penemuan ini.
    memang menakjubkan. Teruskan kami sentiasa akan mengikuti penemuan penemuan baru duit siling error dari permerhatian kepakaran tuan. Teruskan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam dan terima kasih Dato',
      Pengumpulan syiling die crack error mengikut die progressive sebagaimana yang dipamirkan ini merupakan salah satu kategori dalam pengumpulan syiling error.Dengan susunan yg teratur mengikut perubahan yg terjadi pada die akan lebih mudah kita memahami kejadian die crack,die break hingga menjadi cud error..
      Terima kasih banyak2 Dato',penglibatan dan dorongan Dato' akan jadi pemangkin kepada semua pengumpul untuk terus bergiat...

      Padam
  2. Hi depankanta,
    Simpan baik2 sembilan syiling berkenaan kerana bukan senang memperoleh mereka dengan ciri2 progresif ini.
    Satu penemuan yang pasti telah memakan banyak masa dan usaha sebelum boleh mengumpulkan set ini.
    Phew, kerana kesuntukan masa, kami jarang mempunyai lebih setengah jam untuk mencari syiling yang mempunyai kecacatan kecuali jika langsung tidak mahu layari internet setiap hari, haha.
    Syabas depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Pengumpulan syiling error secara set begini merupakan satu kepuasan.Sekiranya kita hanya memiliki sekeping syiling minor die crack error secara"single"nilainya tak seberapa tetapi bila dapat disusun mengikut set begini banyak yg dapat dipelajari dan difahami tentang "apa yg berlaku pada die"..(premium untuk set begini juga tentu "istimewa")
      Tentang masa yang diperuntukan untuk hobi ini,adalah penting kita mengaturnya dgn sebaik mungkin kerana dalam masa yg sama kita akan memburu,meneliti,fotografi,mengumpul maklumat dan menyusun perkataan untuk dikongsi dalam blog.Semua ini dilakukan secara sambilan disamping tugas2 rutin seharian...
      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam
  3. Taniah atas genaplah 300 posts dalam blog depankanta dengan berbagai kategori syiling error yang telah dipamirkan,teruslah berusaha dan harap Blog depankanta semakin maju dan popular!

    Error satu sen memang kepakaran depankanta! Syabas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Mr Dickson,
      Jika kita lihat perkembangan semasa,jelas semakin ramai pengumpul2 baru yg muncul dan kecenderungan mereka kepada syiling2 error begitu memberangsangkan sekali.Mereka tercari2 buku dll yg dapat dijadikan rujukan.Depankanta berpendapat sudah sampai masanya Mr Dickson fikirkan secara serius perkara ini.Dengan bantuan dari pakar2 yg lain,sekurang-kurangnya sudah dapat diterbitkan "buku rujukan syiling error Malaysia"secara asas dan diterbitkan dalam dwi-bahasa.

      Perkongsian syiling2 error depankanta spt yg dipamirkan ini adalah hasil perkongsian info dari blogger2 dan pakar spt Mr Dickson dll..perkongsian dan saling memberi komen adalah kekuatan bidang syiling error apa lagi bila pintu kilang syiling Malaysia masih tertutup rapat dan meninggalkan kita diluar melihat syiling error seperi kisah "orang buta dgn gajah!(elephant and blind man)"...haha

      Terima kasih banyak2 Mr Dickson...

      Padam