Khamis, 18 Ogos 2011

DOUBLED DIE 20 SEN 2008

Berbeza dengan kejadian syiling die deterioration doubling yg disebabkan kerosakan permukaan die,doubled die yg tulin adalah disebabkan faktor die itu sendiri .
    Salah satu ciri2 yg dapat dinyatakan ialah keadaan pada imej atau huruf adalah jelas pada samada imej utama(primary) atau imej kedua(secondary) dan ianya terjadi hanya pada satu arah.
    Tentu ramai pengumpul yg memiliki syiling 20 sen 2008 yg sangat jelas kesan doubled die pada hampir keseluruhan huruf,angka dan imej bunga rayanya....


                     Bahagian muka (obverse) syiling 20 sen 2008,terdapat minor finned edge pada sudut atas
                           
                          Bahagian belakang (reverse)syiling,ketara doubled die error


                              Perhatikan huruf atas dan bawah(bebayang),kedua2nya adalah jelas kesan tempaannya.






      

DIE DETERIORATION DOUBLING 20 SEN 2000

Bagi mereka yg tidak biasa dgn doubled die error (tempaan berganda) tentu mudah meletakkan syiling kategori ini bila terjumpa syiling yg kelihatan ada kesan tertempa dua kali....
    Kerap juga diperhatikan pengumpul2 (yg baru khususnya)terkeliru dgn beberapa kategori syiling yg kelihatan seolah2 doubled die error.Antara yg selalu menjadi kekeliruan adalah die deterioration doubling..
  Doubled die tulin boleh di asingkan dari die deterioration doubling jika diperhatikan pada beberapa ciri2 yg menjadikan kedua fenomena ini berbeza,satu dianggap errors yg ada nilai yg tinggi dan satu lagi hampir tak ada nilai errornya.
  Die deterioration terjadi disebabkan kerosakan pada permukaan die kerana terlalu lama diguna iaitu melebihi kemampuan die tersebut.Dengan melakukan kerja2 penempaan syiling 120 keping seminit tentunya die akan terjejas teruk bila digunakan berterusan,akibatnya syiling yg ditempa dgn die yg sudah rosak itu akan kelihatan seolah2 doubled die errors.
  Sementara Doubled die errors pula terjadi disebabkan oleh keadaan die itu sendiri..
    Pakar2 Numismatik yg mengkaji perkara ini menggariskan  satu ciri yg membezakan kedua situasi ini adalah dengan memerhatikan kesan pada syiling yg ada.Die deterioration doubling menyebabkan imej doubling akan kelihatan terjadi pada kedua arah..
     Syiling 20 sen siri bungaraya yg baik untuk dijadikan contoh die deterioration doubling ialah tahun 2000..

                            Bahagian muka 20 sen 2000
                        Bahagian belakang,perhatikan huruf"BANK NEGARA MALAYSIA".Hampir setiap huruf terjadi kesan seolah2 tempaan berganda (doubled die errors)
              ...dan setiap huruf jika diperhatikan terjadi imej kedua yg terarah pada kedua hala...keadaan ini adalah salah satu yg membezakan doubled die errors dengan die deterioration doubling....perhatikan contoh pada huruf "R",bagaimana imej utama dan imej bayangnya terarah pada dua hala

   Keterangan diatas adalah pendapat depankanta berasaskan nota pengumpul syiling luar negara,sekiranya ada pendapat yg lebih tepat untuk syiling Malaysia,post ini sedia untuk dikemaskini semula.....