Isnin, 28 Mei 2012

INCUSE-RELIEF,-VE-+VE,PARIT-TEBING

      Keadaan yg terjadi pada permukaan syiling adalah tumpuan utama untuk mengesan mint error,biasanya ciri2 bertebing dan berparit yg juga disebut negative atau positif adalah istilah biasa yg digunakan oleh pengumpul untuk menggambarkan sesuatu keadaan error pada permukaan syiling.

     Bertebing atau positif  adalah merujuk kepada logam yg timbul pada permukaan syiling/planchet yg disebabkan tempaan oleh bahagian yg berparit pada permukaan die.Antara error yg dikaitkan dgn keadaan ini ialah die crack,die chip,die gouge,dll yg terjadi disebabkan bahagian die yg retak,terserpih,berlubang dll..

    Berparit atau negatif pula biasanya merujuk kepada logam dipermukaan syiling yg  terbenam kedalam membentuk spt lurah atau lubang yg disebabkan tempaan oleh die yg bertebing disebabkan sesuatu yg melekat pada die spt struck through error,pre-strike damage,dll..Keadaan ini juga biasanya dijumpai pada syiling2 PMD.

    Dalam keadaan biasa,semua imej dan details pada permukaan die direkabentuk dalam keadaan berparit atau negatif untuk menghasilkan imej dan details yg timbul atau positif pada permukaan syiling,semua ini dilindungi pula oleh rim syiling yg lebih tinggi.

    Sekeping syiling 5 sen 2010 ini menimbulkan pertanyaan bagaimana sebahagian (atas) huruf "BANK NEGARA MALAYSIA"boleh berada dibawah permukaan rata syiling!.

           
              Bahagian belakang syiling 5 sen 2010......
  
        Bahagian atas huruf "NEGARA' tenggelam kebawah permukaan rata syiling..

            Perhatikan bagaimana keadaan huruf yg berada "kedalam" permukaan rata syiling (bertanda merah)
         Syiling yg sama yg diambil dgn flash yg terang....

Bahagian muka syiling hanya menampakkan sedikit kesan die clash....

        Fenomena yg sama terjadi pada syiling 50 sen 2003,pernah dipamirkan dalam post terdahulu...
             Syiling 50 sen terkesan pada imej daun dan stigma bunga raya....
      Sukar untuk meneka apa yg telah terjadi pada permukaan die yg menempa syiling2 ini....Kita kongsi bersama......