Isnin, 18 Jun 2012

EXTRA DOT SYILING MALAYSIA

           Dikalangan pengumpul syiling Malaysia,syiling "extra dot" siri Parlimen menjadi satu kemestian untuk berada dalam koleksi mereka.Bila tersiarnya dalam katalog tentang keistimewaan premium syiling ini,pengumpul mula berlumba2 memburu untuk memilikinya.

           Bagi depankanta dua andaian boleh dibuat tentang kehadiran syiling ini,Pertama samada ianya terjadi semasa proses penyiapan working die,iaitu bentuk negative "dot" telah sedia ada pada permukaan die.keadaan ini menjadikan ianya satu variti die dan Kedua adalah disebabkan kesilapan semasa kerja2 membaiki die yg telah digunakan,peralatan keras dan tajam yg digunakan telah tertusuk pada permukaan die.Keadaan ini menjadikan syiling ini sebagai satu error dalam kategori die gouge error dan tidak dikategorikan sebagai variti kerana syiling yg ditempa sebelum dibaiki juga menggunakan die yg sama.

              Syiling Malaysia siri bunga raya juga ada dijumpai terjadi ciri2 yg sama,walaupun ianya masih belum didaftarkan dalam mana2 katalog,adalah lebih baik syiling2 begini dikumpul dan disimpan.Sebagai menambah penemuan yg lalu,dipamirkan syiling 5 sen 2010 yg terdapat "extra dot" pada bahagian belakang syiling.

                  Kelihatan manis pada angka "5"seolah2 sebiji tahi lalat penyeri....

    
             extra dot 5 sen 1982

              extra dot 50 sen 1979

         extra dot 50 sen 1988

            extra dot 5 sen 2008
                 extra dot 20 sen 1993
 
              extra dot 1 sen 1999