Isnin, 18 Jun 2012

EXTRA DOT SYILING MALAYSIA

           Dikalangan pengumpul syiling Malaysia,syiling "extra dot" siri Parlimen menjadi satu kemestian untuk berada dalam koleksi mereka.Bila tersiarnya dalam katalog tentang keistimewaan premium syiling ini,pengumpul mula berlumba2 memburu untuk memilikinya.

           Bagi depankanta dua andaian boleh dibuat tentang kehadiran syiling ini,Pertama samada ianya terjadi semasa proses penyiapan working die,iaitu bentuk negative "dot" telah sedia ada pada permukaan die.keadaan ini menjadikan ianya satu variti die dan Kedua adalah disebabkan kesilapan semasa kerja2 membaiki die yg telah digunakan,peralatan keras dan tajam yg digunakan telah tertusuk pada permukaan die.Keadaan ini menjadikan syiling ini sebagai satu error dalam kategori die gouge error dan tidak dikategorikan sebagai variti kerana syiling yg ditempa sebelum dibaiki juga menggunakan die yg sama.

              Syiling Malaysia siri bunga raya juga ada dijumpai terjadi ciri2 yg sama,walaupun ianya masih belum didaftarkan dalam mana2 katalog,adalah lebih baik syiling2 begini dikumpul dan disimpan.Sebagai menambah penemuan yg lalu,dipamirkan syiling 5 sen 2010 yg terdapat "extra dot" pada bahagian belakang syiling.

                  Kelihatan manis pada angka "5"seolah2 sebiji tahi lalat penyeri....

    
             extra dot 5 sen 1982

              extra dot 50 sen 1979

         extra dot 50 sen 1988

            extra dot 5 sen 2008
                 extra dot 20 sen 1993
 
              extra dot 1 sen 1999



11 ulasan:

  1. Syabas kerana Depankanta memiliki syiling Extra dot yang menarik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih iaryylr,
      Syiling extra dot memang menarik untuk dijadikan koleksi,mungkin masih ada lagi spesimen error seumpama ini yg belum kita jumpai...
      terima kasih iaryylr....

      Padam
  2. Salam.saya masih mencari artikel extra dot untuk 1sen parlimen.tiada dijumpai lagi.tujuannya saya ada lihat syiling ini 1984 mempunyai 4 extra dot.sama seperti syiling 50¢ 1988.2 diparlimen dan 2 lagi berhampiran bulan dan bintang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali tuan,
      Syiling extra dot sebenarnya adalah dalam kategori samada die chip atau die gouge..Menarik sekali jika penemuan extra dot ini pada syiling 1 sen Malaysia, perhatian perlu dilihat pada syiling 1 sen 1984 itu samada ianya adalah benar-benar extra dot atau disebabkan "bubble gas" yang biasa dijumpai pada syiling 1 sen copper clad steel..Terima kasih

      Padam
  3. Assalamualaikum. Saya ada syiling 1 sen 1988 berbelang2 pada permukaan 1, pada permukaan sebelahnya bulan ada dot. Saya Cuba cuci Tapi kesan belang tidak hilang.

    BalasPadam
  4. w"salam w.w tuan, mencuci syiling bagi apa tujuan apa sekali pun adalah tidak digalakkan dalam numismatik. sukar untuk dipastikan kategori syiling tuan itu hanya berdasarkan keterangan diatas..Sila emelkan foto syiling berkenaan pada ajoyzultp@yahoo.com.my ...Terima kasih

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum, boleh saudara terangkan tentang syiling 20 sen 1988 extra dots pada bintang, saya ada dua di dalam simpanan tetapi tiada pada sebarang bahan rujukan, terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'Salam w.w, syiling 20sen 1988 ada dijumpai dengan kesan seperti dots pada celah bintang. Dot yang terjadi pada syiling ini adalah dalam kategori die chip error kerana ianya tejadi disebabkan terjadi serpihan logam die pada bahagian tebing imej bintang. Berlainan dengan extra dots syiling2 diatas yang terjadi pada bahagian yg agak berjauhan dari tebing imej yang lebih dikenali dengan die gouge error...Harap penjelasan ini dapat membantu tuan..Terima kasih

      Padam
  7. Kenapa 20€ 1993 saya tdk punyai EXTRA DOOOOOOTTTTTTTTT?????

    BalasPadam
  8. Tuan saya ada Syiling 20sen yg mempunyai extra dot yg Sgt menarik. Ianya jauh dari tebing. 1 dibawah bintang 1 lg bersebelahan dgn bangunan parlimen . tahun 1968. Kalau tuan nk tgk no saya 0122652080. Tuan blh contact saya. Tq

    BalasPadam