Khamis, 28 Mac 2013

PARTIAL COLLAR STRIKE

            Partial Collar die strike merupakan kategori error yang mudah terlepas pandang bila proses membelek syiling dibuat secara tergesa-gesa. Keadaan ini terjadi kerana biasanya perhatian "pemburu" lebih tertumpu kepada bahagian permukaan dan belakang syiling sedangkan pada bahagian sisi syiling sering diabaikan...

           Collar die atau die ketiga adalah berperanan memegang planchet bila proses penempaan dijalankan, pada waktu yang sama ia menghasilkan gerigi pada sisi syiling (reeded edge)untuk denominasi 5sen,10sen dan 20sen. Bagi denominasi 50 sen syiling Malaysia, imej tulisan pada sisinya (edge lettering) dihasilkan sewaktu proses pembentukan rim pertama atau upsetting rim...


            Bahagian sisi syiling 50 sen siri bunga raya dengan partial collar strike error...

               Bila diteliti pada imej setiap huruf  "BANK NEGARA MALAYSIA" akan memahamkan kita bagaimana dan bila proses penempaan tulisan ini dilakukan..Error terjadi disebabkan collar die hanya mencengkam sebahagian dari sisi planchet sementara bahagian yang lain bebas dari terkena collar die tetapi wujud imej tulisan pada bahagian yang tidak terkena collar die...


                Partial collar strike pada  Syiling 20 sen agak berlainan kerana collar die membentuk imej gerigi semasa proses penempaan syiling, bahagian yang kosong adalah kawasan yang tidak terkena collar die...
Proses pembentukan sisi bergerigi syiling 20sen dibuat pada proses penempaan syiling sementara proses pembentukan tulisan pada sisi syiling 50sen dibuat semasa proses upsetting rim atau proto rim...

Dari pemerhatian  fenomena yang ada pada kedua syiling 50sen dan 20sen ini akan memberi kefahaman bagaimana perbezaan pembentukan imej pada sisi syiling antara kedua denominasi ini.