Jumaat, 20 April 2012

DIE CRACK MARIA THERESA

     Die crack tertua yg ada dalam koleksi depankanta adalah pada syiling restrike 1 thaler Austria-Hungary keluaran pada era moden selepas 1850 dgn mengekalkan  tahun asal 1780.Syiling berbentuk klasik yg diperbuat dari perak ini bersaiz besar dgn ukuran diameter 41mm .Maklumat tentang syiling restrike ini boleh dilayari di http://www.theresia.name/en/svergleich.html

                            Die crack dikesan pada kedua permukaan syiling ini...Kesan keretakan pada syiling klasik ini agak berlainan dgn syiling moden iaitu ianya terjadi secara bulatan mengelilingi bahagian bawah huruf...(ditandakan dgn garis merah).

               Menggunakan wajah Maria Theresia pada bahagian muka..Juga terdapat die crack terjadi secara bulat sekeliling syiling...Perhatikan garis merah

             Kalau bentuk die crack begini kurang tepat jika dinamakan RTR die crack..tentu ada istilah lain yg lebih sesuai digunakan...Logam dan kaedah pembuatan die mungkin penyebab utama kenapa die crack terjadi berbentuk begini...

              Dgn siaz diameter 41 mm dan berat melebihi 28 gm,syiling ini tidak lagi sesuai diberi pada kanak2 sekiranya masih digunakan hari ini...

            Paling menarik pada syiling ini ialah tulisan pada sisinya yg dibuat dgn teliti dan sempurna sama spt pada permukaan syiling...
Syiling ini merupakan syiling restrike yg dibuat pada era moden tapi masih mengekalkan tulisan tahun asal tempaan 1780..Blogger whycollect telah menyalurkan maklumat pembetulan keatas post asal tentang syiling ini namun ciri2 die crack masih kekal pada syiling ini....terima kasih banyak2 sdr Whycollect...