Jumaat, 20 April 2012

DIE CRACK MARIA THERESA

     Die crack tertua yg ada dalam koleksi depankanta adalah pada syiling restrike 1 thaler Austria-Hungary keluaran pada era moden selepas 1850 dgn mengekalkan  tahun asal 1780.Syiling berbentuk klasik yg diperbuat dari perak ini bersaiz besar dgn ukuran diameter 41mm .Maklumat tentang syiling restrike ini boleh dilayari di http://www.theresia.name/en/svergleich.html

                            Die crack dikesan pada kedua permukaan syiling ini...Kesan keretakan pada syiling klasik ini agak berlainan dgn syiling moden iaitu ianya terjadi secara bulatan mengelilingi bahagian bawah huruf...(ditandakan dgn garis merah).

               Menggunakan wajah Maria Theresia pada bahagian muka..Juga terdapat die crack terjadi secara bulat sekeliling syiling...Perhatikan garis merah

             Kalau bentuk die crack begini kurang tepat jika dinamakan RTR die crack..tentu ada istilah lain yg lebih sesuai digunakan...Logam dan kaedah pembuatan die mungkin penyebab utama kenapa die crack terjadi berbentuk begini...

              Dgn siaz diameter 41 mm dan berat melebihi 28 gm,syiling ini tidak lagi sesuai diberi pada kanak2 sekiranya masih digunakan hari ini...

            Paling menarik pada syiling ini ialah tulisan pada sisinya yg dibuat dgn teliti dan sempurna sama spt pada permukaan syiling...
Syiling ini merupakan syiling restrike yg dibuat pada era moden tapi masih mengekalkan tulisan tahun asal tempaan 1780..Blogger whycollect telah menyalurkan maklumat pembetulan keatas post asal tentang syiling ini namun ciri2 die crack masih kekal pada syiling ini....terima kasih banyak2 sdr Whycollect...

2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Thaler ini merupakan restrike yang telah ditempa selepas 1858 tanpa tahun asalnya ditukar.
    Die crack yang kelihatan itu mungkin disebabkan tempaan terlalu banyak kerana restrike moden ini telah dilaporkan dengan tempaan melebihi 300 juta.
    Dengan tempaan yang begitu banyak nampaknya die crack agak jelas dan kerap berlaku pada Thaler tempaan moden ini.
    Spesimen yang ada pada koleksi kamipun begitu juga dengan die crack pada obverse dan reverse yang agak ketara.
    Sila rujuk kepada site ini untuk penjelasan,
    http://www.theresia.name/en/svergleich.html
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
  2. Hi Whycollect,
    Terima kasih banyak2 atas penambahan dan pembetulan maklumat tentang syiling ini.Sebenarnya depankanta kurang arif tentang syiling klasik luar negara spt ini dan bila terjumpa tanda2 error rasa ingin berkongsi.
    Maklumat yg disalurkan oleh whycollect itu sangat membantu dalam melengkapkan info tentang syiling ini serta dapat mengelakkan kekeliruan atau salah maklumat yg mungkin akan terjadi.
    Tentang die crack diatas,ianya agak berlainan dari syiling2 Malaysia yg biasa dijumpai.Mungkin benar pendapat whycollect,bila terlalu banyak ditempa keadaan begini mudah terjadi...
    Terima kasih banyak2 whycollect

    BalasPadam