Sabtu, 5 Mei 2012

GINSENG CINA

     Hujung minggu ini,depankanta hanya terperap dirumah.Terfikir pula apa yg nak dikongsi dgn pelawat dalam ruangan santai hujung minggu, tiba-tiba bila menjenguk melalui tingkap terpandang sudut halaman dibelakang rumah yg dah lama tidak dipedulikan lantaran sibuk dgn aktiviti membelek syiling...Ruang halaman belakang rumah yg sempit ini biasanya ditanam dgn berbagai tanaman ringkas spt tomata,cili dll...

                          Dari jendela kelihatan semak samun seperti kebun yg tidak terurus.....Tiba-tiba terpandang satu kelompok dalam rimbunan itu.......

     Bentuk daun dan warna bunga ini mengingatkan sesuatu......

         Setelah disahkan rumpun ini adalah tanaman Ginseng Cina,depankanta bersihkan sedikit kawasan sekitar....Yang tinggal hanya pokok Ginseng Cina,depankanta perolehi benih asal pokok ini dari seorang kenalan yg merupakan taukeh kedai ubat cina dibandar Tanah Merah....

   Bila digali,didapati akarnya masih muda dan belum membentuk seperti yg dikehendaki...

 Walaupun ramai yg menganggap pokok ginseng ini sukar ditanam,tetapi jika kena dgn keadaan tanah dan cuaca ianya adalah mudah seperti menanam pokok ubi keledek...Ambil sedikit batangnya yg ada mata tunas dan tanam ditempat yg agak teduh...

        Bagi mereka yg biasa dgn Ginseng Cina ini akan mengetahui khasiatnya yg telah diiktiraf oleh perubatan moden....Antara khasiatnya yang utama ialah dapat melancarkan perjalanan darah yg tersumbat yg menjadi punca berbagai penyakit kronik....

         Ginseng Cina juga lebih dikenali sebagai akar Som sangat dikenali dikalangan pengamal perubatan Cina kerana khasiatnya yang terbukti sejak beribu tahun dulu... Selain Ginseng Cina (Talinum paniculatum Gaertn) terdapat juga Ginseng Korea dan Ginseng Amerika.Dengan permintaan yg tinggi sekarang tanaman Ginseng ini telah dibuat secara komersial dan ditanam diladang2 namun Ginseng yg tumbuh liar tetap lebih bernilai....
       SELAMAT BERCUTI HUJUNG MINGGU.......

6 ulasan:

  1. Daunnya boleh digoreng minyak, sedap di makan!
    Rasanya seperti sayur daun Raja hijau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Mr Dickson,
      Terima kasih kerana berkongsi info,rasanya ramai peminat ginseng tidak berpeluang merasai nikmat daun ginseng goreng ini kerana biasanya mereka beli dan makan akar ginseng sahaja..Nanti akan dicuba dan kalau sedap akan dibuat projek industri hiliran daun gingseng goreng pula..haha.Memang ginseng mempunyai khasiat dari hujung akar hingga pada daun dan bunga...
      Terima kasih banyak Mr Dickson...

      Padam
  2. Balasan
    1. Salam dan terima kasih Faizal,
      Ginseng memang terkenal dgn harganya yg mahal,namun ianya macam bidang numismatik juga.Jenis dan Gred menentukan nilainya..haha
      Mengikut yg diberitahu oleh pekedai ubat cina,ada ginseng yg berharga hingga berbelas ribu sekilo!.Namun bagi depankanta apa yg penting ialah sejauh mana ianya dapat memberi manafaat pada kita dan cukup dgn setakat kemampuan yg kita ada.
      Ginseng biasa spt diatas juga sekiranya diamalkan sebagai pemakanan yg berterusan,InsyaAllah akan membantu memulihkan kesihatan kita yg sentiasa keletihan diburu usia...
      Terima kasih banyak2 sdr Faizal...

      Padam
  3. ado depe rumoh ko tuh?..haaa, buleh wt nego nih...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam abe Faiz,
      Buke depe rumoh,tapi dibleke rumoh!..haha..nanti Faiz mari dumoh P.Mas kita make daun ginseng goreng celup tepong!...haha
      Terima kasih banyak2 Abe Faiz...

      Padam