Selasa, 21 Jun 2011

PLANCHET @ DIE ERRORS ?

Syiling 50 sen siri bunga raya biasanya kalau dijumpai yang agak pelik sikit,depankanta akan teliti dulu samada syiling itu tulin atau palsu terutamanya yang tertera tahun 2005 yang banyak dikaitkan dengan syiling palsu.
  Tidak wajar kita bersusah payah kategorikan jenis error pada sekeping syiling palsu kerana hadirnya pun sudah dikira satu error pada ekonomi Malaysia.
 Post ini depankanta pamirkan sekeping syiling Malaysia 50 sen 2003,yang pada hemat depankanta adalah TULIN.Apa yang menarik tentang syiling ini adalah kedudukan imej bunga raya dan sebahagian detailsnya yang tenggelam kebawah sementara permukaan planchetnya timbul keatas.
   Dengan kata lain,Planchet lebih tinggi dari imej!

Pada bahagian muka syiling 50 sen 2003 ini banyak terdapat bintik-bintik kecil yang biasanya terdapat pada muka syiling 50 sen 2008.

Pada bahagian belakang pula kedudukan imej bunga raya dan sebahagian details berada lebih rendah dari permukaan planchet
 perhatikan daun bunga raya dan stigmanya yang tenggelam


MILLED EDGE UNIK

Syiling 5 sen 2010 yang ditemui ini menimbulkan tanda tanya kepada depankanta kerana bahagian tepi syiling tidak sama dengan syiling 5 sen yang lain.Corak "gigi" pada bahagian tepi syiling ini sangat kecil saiznya.Pembuatannya adalah sempurna, tiada kelihatan kesan kerosakan pada alat tempa.Mungkin ini satu vieriti yang jarang dikeluarkan.

5 SEN 2010 INI PADA PERMUKAAN BAHAGIAN MUKA DAN BELAKANG KELIHATAN BIASA


PADA BAHAGIAN MILLED EDGE YANG BERLAINAN,PERBANDINGAN DENGAN SYILING 5 SEN 2010 BIASA
 KEDUA-DUA SYILING INI  MILLED EDGE NYA DI TEMPA DENGAN SEMPURNA

YANG DIBAWAH "GIGI"NYA SANGAT KECIL BERBANDING DENGAN YANG BIASA(ATAS)

  CUBA TELITI, YANG MANA UNIK ANTARA DERETAN SYILING 5 SEN 2010 INI....