Selasa, 21 Jun 2011

PLANCHET @ DIE ERRORS ?

Syiling 50 sen siri bunga raya biasanya kalau dijumpai yang agak pelik sikit,depankanta akan teliti dulu samada syiling itu tulin atau palsu terutamanya yang tertera tahun 2005 yang banyak dikaitkan dengan syiling palsu.
  Tidak wajar kita bersusah payah kategorikan jenis error pada sekeping syiling palsu kerana hadirnya pun sudah dikira satu error pada ekonomi Malaysia.
 Post ini depankanta pamirkan sekeping syiling Malaysia 50 sen 2003,yang pada hemat depankanta adalah TULIN.Apa yang menarik tentang syiling ini adalah kedudukan imej bunga raya dan sebahagian detailsnya yang tenggelam kebawah sementara permukaan planchetnya timbul keatas.
   Dengan kata lain,Planchet lebih tinggi dari imej!

Pada bahagian muka syiling 50 sen 2003 ini banyak terdapat bintik-bintik kecil yang biasanya terdapat pada muka syiling 50 sen 2008.

Pada bahagian belakang pula kedudukan imej bunga raya dan sebahagian details berada lebih rendah dari permukaan planchet
 perhatikan daun bunga raya dan stigmanya yang tenggelam


2 ulasan:

  1. wahai Depankanta,
    Jadi ini error planchet atau Die??

    BalasPadam
  2. salam nuchatter,
    Tuan hamba yg lebih arif hal ini.Pada pendapat depankanta yg serba kurang ini.Syiling ini ditempa pada suhu yang tidak sesuai,selepas die menempa details(termasuk bunga raya)planchet yg masih panas mengembang naik,lalu terjadilah demikian.
    perbetulkan kalau hamba silap...tqvm

    BalasPadam