Khamis, 12 Januari 2012

ROTATED DIE SIRI BUNGA RAYA

Rotated die error adalah antara kategori yang mudah difahami bagaimana ianya terjadi.Bila proses penempaan menggunakan dua die,iaitu die atas (hammer die) dan die bawah (anvil die) digunakan tentu tentu lama kelamaan komponen yang memegang die akan longgar dan menyebabkan die terpusing dari kedudukan asal.
    Die atas dan die bawah yang asal kedudukannya selari mengikut imej dikedua permukaan syiling,terpusing sedikit demi sedikit yang menghasilkan darjah pusingan error yg semakin meningkat.
    Terdapat dua kiraan darjah pusingan error ini yg popular digunakan oleh pakar2 syiling error iaitu sudut maksima 180 darjah dan sudut maksima 360 darjah.Depankanta lebih cenderung untuk menggunakan 180 darjah kerana kiraannya lebih mudah.Kecondongan imej pula digambarkan dgn (CW) Clockwise dan (CCW) counterclockwise mengikut arah imej yg terpusing.
   Perkongsian dalam siri error & denominasi sekali ini akan memaparkan koleksi syiling rotated die error..

                                  50 sen 2005    CCW 170 DARJAH
                             
                                 20 SEN 2005      CCW 165 DARJAH

                                10 SEN 2006       CCW 160 DARJAH

                                   5 SEN 1999         CW 150  DARJAH

                                 1 SEN 2006        CW 165 DARJAH