Isnin, 9 April 2012

SYILING BERBICARA 7, COLLAR DIE

              Collar die atau juga dikenali dengan die ketiga merupakan salah satu penyumbang kepada syiling2 error.Antara yg biasa dipamirkan ialah partial collar error.Syiling Malaysia yg banyak dipamirkan dalam kategori error ini adalah pada denominasi 20 sen dan 50 sen siri Bunga raya.Die ketiga yg membentuk bahagian sisi syiling ini juga merupakan komponen penting dalam menentukan kesempurnaan sesekeping syiling.
           
               Dua keping syiling 50 sen 2004 yg ditemui dgn kesan partial collar ini menimbulkan persoalan yg lain pula.Adakah posisi huruf disisi syiling ini yg berlainan pada collar die dianggap variti atau error.

             Partial collar yg ketara pada sisi syiling ini ....
            Syiling kedua ini terdapat kesan partial collar yg agak sedikit bahagian sisinya terjejas...

            Bahagian belakang syiling 50 sen 2004.

           Bahagian muka...

           
            Syiling pertama menunjukkan cetakan huruf "BANK NEGARA MALAYSIA"terbalik jika dipandang  dari sudut belakang syiling.....

   Sementara syiling kedua menunjukkan huruf yg tegak dan selari dgn bahagian belakang syiling...

                 Kedua syiling ini memperlihatkan posisis huruf "BANK NEGARA MALAYSIA" yg bertentangan...

   Adakah keadaan ini dikirakan sebagai dua variti pada syiling 50 sen 2004 ini atau ianya satu error?
     Keadaan huruf yg terbalik ini bukan sahaja dikesan pada syiling 50 sen 2004 tapi juga dijumpai pada tahun2 keluaran yg lain...