Selasa, 21 Mei 2013

5 SEN 2012, STRIKING ERROR ATAU DIE ERROR?

            Syiling 5 sen 2012 dijumpai terdapat kesan seperti clash mark "2012" dalam imej timbul telah mencetuskan berbagai pertanyaan dikalangan peminat syiling error.

          Beberapa percubaan terpaksa dibuat bagi mengambil foto imej clash mark "2012", sukar untuk mendapatkan gambaran yang jelas kerana imej yg muncul agak samar namun ianya adalah jelas bila berada dibawah kanta...

             Kemunculan imej dengan bentuk yg timbul sebenarnya bukan dari fenomena die clash kerana imej clash mark yang disebabkan die clash adalah berbentuk berparit.

          Jika diandaikan imej ini muncul akibat dari striking error ianya menghampiri ciri-ciri double strike error  dan off center tetapi pada bahagian lain tidak ada tanda-tanda tersebut...

         Sekiranya dikaitkan dengan die errors atau variety errors, kemunculan imej "2012" agak jauh dari imej sebenar 2012 dan kemungkinan jika disebabkan fenomena die clash juga sukar dijelaskan kerana ianya terjadi imej yang sama pada satu permukaan die...Adakah mungkin ianya adalah hasil satu kesilapan semasa proses penyediaan working die atau diperingkat working hub?....

              Adakah kemungkinan yang sama juga terjadi pada syiling 5sen 2012 yang pernah dipamirkan ini....

              Die clash yang tulin 5sen 2012....clash mark adalah dalam bentuk berparit atau negatif

Ahad, 19 Mei 2013

10 SEN S3M ROTATED DIE

              Syiling baru Malaysia yang mula diedarkan untuk kegunaan orang ramai pada tahun 2012 telah menjadikan tiga siri syiling moden Malaysia berada dalam edaran sekarang. Hingga kini belum ada tarikh dari pihak BNM untuk menarik balik penggunaan syiling siri 1 (1967-1988) dan siri 2 (1989-2011). Kalau ikut kesesuaian dan penyeragaman penggunaannya (terutama untuk kegunaan berbagai jenis mesin) kemungkinan siri 1 dan siri 2 akan di tarik secara serentak meninggalkan hanya siri ke-3 yang akan digunakan oleh orang ramai...
             Bagi peminat syiling error tentunya memberi perhatian kepada berbagai jenis error yang terjadi pada syiling baru ini, beberapa kategori popular pada syilng Malaysia spt die crack,die chip dan die clash masih dijumpai terjadi pada syiling2 siri ke-3.

            Rotated die adalah kategori yang mendapat tempat istimewa dikalangan pengumpul syiling error Malaysia, ianya merupakan kategori yang senang dikesan tanpa perlu menggunakan kanta pembesar. Penemuan rotated die pada syiling siri ke-3 Malaysia 2012 telah membuktikan terdapat persamaan mekanikal dan instrumen di kilang syiling antara siri 1,siri 2 dan siri ke-3.

               
                   Syiling 10sen 2012, rotated die error.....

                   Kedudukan imej syiling 10 sen rotated die berbanding syiling biasa....

            Walaupun yang dijumpai ini hanya sekitar 40 darjah rotated die tetapi ianya merupakan satu petanda bagi penemuan yang lebih besar darjah pusingannya....

                Syiling 20sen 1976 siri Parlimen mewakili rotated die bagi siri pertama.....

    Bagi siri Bunga raya, banyak denominasi dan tahun pengeluaran dijumpai kesan rotated die error

Rabu, 15 Mei 2013

GARIS DIE GOUGE VS GARIS DIE CRACK

            Garis die gouge dapat dibezakan dengan garis die crack melalui pemerhatian secara teliti keatas bentuk fizikal garis yang wujud pada syiling. Pemahaman bagaimana kedua error ini berlaku akan membantu kita membezakan antara kedua jenis garis dalam kategori errors ini.

           Syiling 5 sen 2010 ini adalah jelas die gouge error, pembentukan garisnya adalah lurus antara angka "2"dan"0". Garis yang terbentuk secara lurus dan hampir licin membezakannya dari garis yang terbentuk disebabkan keretakan yang terjadi pada die crack.

          Berbagai hipotesis dapat kita ajukan untuk merungkai punca sebenar yang menyebabkan garis ini terbentuk pada working die syiling ini. Ianya bukan disebabkan keretakan pada die.
Meneliti pada fizikal dan tempat terjadi garis die gouge ini dapat membezakannya dengan garis yang tejadi pada die crack

             Syiling 5 sen 2007 ini pula adalah spesimen die crack yang jelas dan satu perbezaan yang ketara sebenarnya wujud berbanding dengan syiling 5 sen 2010 diatas.

           Dua die crack terjadi pada syiling ini iaitu pada kaki angka"2" dan pada huruf"N"

Die crack biasanya bermula pada rim dan akan merebak memanjang ke bahagian dalam syiling. Pembentukan blob adalah satu ciri-ciri istimewa pada die crack walaupun tidak semestinya semua die crack akan terbentuk blob. 

Perhatikan garis die crack yang tidak lurus dan mempunyai saiz sepanjang garis yang berbeza-beza akibat dari "lubang"keretakan yang terjadi pada die. 


Ahad, 12 Mei 2013

MDD - KESAN GETARAN DAN SERET

       Mechanical die doubling (MDD),machine doubling damage,machine doubling,shift doubling,strike doubling merupakan istilah yang digunakan oleh penggemar syiling error untuk memperkatakan tentang kewujudan kesan berganda yang disebabkan oleh kelemahan mesin dan peralatan yang digunakan semasa proses menempa syiling.

        Kategori MDD ini tidak dikira sebagai syiling error kerana kerosakan yang terjadi adalah fenomena biasa dalam proses pembuatan syiling, Syiling-syiling MDD menjadi penting untuk diberi perhatian kerana ianya sering menjadi kekeliruan dengan syiling-syiling Doubled Die tulin.

         Getaran atau pergerakan yang menghasilkan MDD boleh terjadi pada kedua die atau planchet. Getaran pada planchet akan menyebabkan kesan gandaan imej boleh terjadi lebih dari sekali. Syiling 20 sen 1990 dijumpai terjadi kesan seolah-olah tertempa tga kali....


              Kesan MDD yang terjadi pada angka "9" dan kaki"2" jelas kelihatan tiga gandaan imej.

                 Pada angka "9" kelihatan kesan "seret" yang membuktikan fenomena ini terjadi akibat getaran pada planchet dimana walaupun kelihatan tiga peringkat gandaan tetapi saiz huruf masih tidak berubah.Panah kuning menunjukan getaran terjadi pada planchet pada bahagian ini dan warna merah adalah kesan pada angka"9" yang menjadi kecil bila getaran berhenti.

             Kesan getaran yang sama juga akan terjadi pada tempat yg sama pada muka syiling.

           Tepat pada bahagian angka "9"pada belakang syiling 20sen, dibahagian muka ialah imej buah pinang.

Pada imej buah pinang juga jelas terjadi tiga kali gandaan imej. Ciri-ciri MDD yang terjadi ini merupakan bukti ianya disebabkan pergerakan planchet semasa proses tempaan berlaku.

                  Gandaan huruf yang terjadi pada syiling Doubled die tulin menyebabkan saiz keseluruhan kedua imej yang berganda akan menjadi besar kerana ianya dihasilkan dari dua imej.