Isnin, 26 Mac 2012

ROTATED DIE CW/CCW 180 DARJAH

  Syiling 10 sen merupakan denominasi yg agak sukar untuk diperhatikan imej yg terbalik pada kedua permukaan syiling.Dalam post terdahulu telah dipamirkan rotated die error pada syiling 10 sen yang hanya sekitar 100-110 darjah pusingannya.

          Setelah begitu lama pencarian,akhirnya sekeping syiling 10 sen 2005 dengan 180 darjah pusingan dapat juga berada dalam koleksi depankanta.


                       
                      Perbezaan dua keping syiling 10 sen,rotated die dan syiling biasa..

                             Walaupun pengunaan cermin dapat menggambarkan keadaan sebenar kedua permukaan tapi kelemahannya ialah akan wujud beberapa arca syiling atas permukaan cermin....Perhatikan kedudukan imej pada kedua permukaan syiling ini...CW/CCW 180 darjah.

                           Anda boleh cuba letakkan sekeping syiling 10 sen keatas cermin dan lihat bagaimana kedudukan imej pada kedua permukaan syiling tersebut...
               
                     Syiling 10 sen 2005  dengan rotated die yang lain tentu masih ada dalam edaran,hanya menunggu para pelawat akan menemuinya.....