Rabu, 20 Julai 2011

STRUCK THROUGH ERRORS? 50 SEN 2009

Sebenarnya dalam post struck through error sebelum ini depankanta bercadang untuk masukkan juga sekeping syiling 50 sen 2009 ini,entah macamana hilang pula syiling ni.
        Bila dijumpai semula dan diteliti ianya agak berlainan dengan syiling 50 sen 1968

                       Bahagian belakang 50 sen 2009

               Bahagian muka,kesan seperti ini boleh mengelirukan samada sengaja dibuat dgn tangan atau kerosakan dikilang
               Kesan yang berparit ini sangat mudah untuk dicakar atau diguris supaya kelihatan seolah2 syiling error.Dengan menggunakan objek tajam dan keras spt paku,dawai,pisau,mudah saja garis begini dibuat.

                Bagi syiling 2009 ini sebenarnya depankanta temui memang dalam keadaan begini dan kesannya agak berlainan dengan syiling 1968 yg dasar paritnya berbentuk  "U" sedangkan syiling ini dasarnya bentuk"V' dan ada sedikit kesan tebing.Apa yg menarik ialah parit yg merentasi palang busur wau ini tidak lurus garisannya.Mungkin ini satu spesimen syiling yg sengaja diguris atau satu lagi spesimen struck through error?
                   Telitikan bentuk parit yg agak berbeza dgn syiling 1968 ini