Selasa, 11 Oktober 2011

BUBBLE GAS

Dibawah kategori damaged/defective planchet error,syiling 1 sen Malaysia copper-clad steel sering terjadi fenomena ini.Sukar dipastikan gas yang terperangkap dalam syiling begini terjadi pada peringkat prosesan yg mana?
    Jelas ianya berkaitan dengan tindak balas kimia yg berlaku dari dalam planchet keatas gas yg terperangkap ini lalu mnyebabkan permukaan planchet menjadi gelembong dan dalam jangka masa tertentu ianya akan pecah..Kejadian seperti ini didapati mudah terjadi pada syiling 1 sen siri bunga raya walaupun terdapat juga beberapa kes terpencil yg terjadi pada siri Parlimen,walaupun kedua siri syiling 1 sen ini dibuat menggunakan logam yg sama mungkin kadar campurannya tidak sama dan kualiti semasa proses penyediaan planchetnya lemah pada siri bunga raya...
                                          Muka syiling 1 sen 1992

                                 masih ada imej rebana ubi.....

                              Bahagian belakang syiling,lapisan atas planchet terangkat keatas.

            Kalau tidak biasa dengan syiling begini,mungkin ada yg mengaitkan dgn berbagai cerita mistik..hehe
Syiling 1 sen dengan bubble gas ini pernah  dipamirkan dalam post terdahulu dan dapat juga dilihat dalam blog beberapa pengumpul lain....