Isnin, 10 Mac 2014

DROPPED LETTER ERROR

.                 Dropped letter error merupakan kategori error yang sangat unik, dengan kesan berparit (negatif) pada permulaan syiling menyebabkan syiling dalam kategori error ini kelihatan seperti syiling yang rosak diluar kilang (Post Mint Damage).  Terdapat juga pengumpul menamakan kategori ini sebagai  Struck through dropped filling/dropped letter errors dan juga dropped design.
                 Permulaan bagi kategori ini ialah pembentukan Daki/Kaviti logam (metallic dirt) pada lurah imej di permukaan die atas. "Daki logam" ini semakin lama semakin banyak dan menjadi sangat keras serta kuat. ia memenuhi keseluruhan  lurah huruf,angka atau imej die atas. Die atas yang berada dalam keadaan ini akan menempa syiling dalam kategori filled die error...Daki logam yg terhasil dari campuran gris dan serbuk logam halus akhirnya akan tercampak keluar dari lurah die dan terjatuh samada keatas planchet atau keatas die bawah, seterusnya bila berlaku proses penempaan dalam keadaan yang "terlapik'oleh daki logam keras dan berbentuk huruf @ angka akan menghasilkan syiling dropped letter error.(biasanya melibatkan satu huruf atau satu angka sahaja)

             Bagi memudahkan pemahaman,depankanta lakarkan hipotesis bagaimana dropped letter terjadi:


              Lakaran 1, hipotesis 1. Daki logam terjatuh keatas planchet:


    1. Daki kotoran yang terhasil dari campuran gris dan habuk logam mula terbentuk didalam lurah (negatif)             huruf atau angka pada die atas.  
    2.Daki logam semakin banyak terperangkap dan memenuhi seluruh lurah huruf/angka
    3.Daki logam terjatuh keatas planchet (yang baru memasuki chamber).
    4.Die atas menempa syiling dalam keaadaan Daki logam berada diatas planchet.
    5.Akibat hentakan die atas, Daki logam yang keras dan kuat telah terbenam kedalam planchet 
    6.Terbentuknya dropped letter error pada bahagian belakang syiling. 


   Lakaran 2 dibawah adalah hipotesis 2, Daki logam jatuh keatas die bawah atau acuan andas:


   1. Daki kotoran yang terhasil dari campuran gris dan habuk logam mula terbentuk didalam lurah (negatif)             huruf atau angka pada die atas.  
    2.Daki logam semakin membesar dan memenuhi seluruh lurah huruf/angka
    3.Daki logam terjatuh keatas die bawah.
    4.Die atas menempa syiling dalam keadaan daki logam berada diatas die bawah.
    5.Akibat hentakan die atas, daki logam yang keras dan kuat telah terbenam kedalam planchet dan    akhirnya  membentuk  dropped letter pada bahagian muka syiling.


          Untuk perkongsian kategori dropped letter error depankanta tertarik dengan foto sekeping syiling 20sen 1991 yang di emel oleh saudara Aaron Bon. Mengikut pemilik syiling ini, ada pendapat yang mengaitkan syiling ini dengan dropped letter error.Bagi depankanta terdapat ciri-ciri yang perlu dijelaskan sebelum syiling ini dapat dikategorikan sebagai dropped letter error.

1. Terdapat tiga kesan dropped letter merupakan ciri-ciri yang unik yang kelihatan seperti struck through error, keadaan ini juga mudah dikaitkan dengan kerosakan diluar kilang samada sengaja atau tidak sengaja.(PMD). Sekiranya ketiga2 huruf yang kelihatan ini merupakan hasil dari tempaan serbuk Daki logam tentu ada pula tompokan logam lain pula yang mengikat ketiga2 huruf ini.Kesan Tompokan logam itu tidak kelihatan pada permukaan syiling ini.

Ketiga-tiga huruf yang wujud adalah tersusun ditepi rim sama seperti kedudukan huruf pada die, tiada ciri-ciri huruf ini terhasil dari Daki logam terjatuh dan terpelanting dimana-mana permukaan planchet.

               Imej negatif huruf "S" adalah jelas, Saiz dan bentuk huruf "S" adalah sama dengan huruf "S" pada huruf "SEN" yang ada pada belakang syiling 20sen .Bagaimana pula dengan huruf yang lain. Jika huruf2 ini dikaitkan dengan misaligned die clash, susunan huruf2 ini tidak menggambarkan demikian.

Dropped letter error memerlukan pemerhatian pakar bagi mengesahkan kategori ini. Bagi depankanta kewujudan tiga imej huruf pada syiling ini menggambarkan terdapat faktor lain yang terjadi pada syiling ini. 

               Terdapat dua tempat huruf "S" pada bahagian belakang syiling yang perlu diberi perhatian yang mungkin merupakan imej asal huruf "S"yang ada pada bahagian muka syiling itu.

Sebahagian dari tulisan dalam post ini adalah pendapat depankanta semata-mata, mungkin anda ada pendapat lain yang lebih tepat. Perkongsian adalah sentiasa dialu-alukan.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada saudara Aaron Bon untuk perkongsian syiling ini.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tn. Depan Kanta,

    Mungkinkah terdapat dua error disini. Die Clash Error dan Struck Through Filling Letter dimana die yg ada kesan clash telah menempa planchet seterusnya dan Filling letter dari Syiling sebelumnya yang terlekat pada die telah jatuh ke atas planchet. Hehe.. hanya anggapan dari seorang yang bukan pakar.

    BalasPadam
  2. Syiling Struck Through Dropped Filling Letter tanpa die clash error, Lincoln 1965(P) . Huruf A seakan huruf S, syiling ini. Mungkinkah huruf E dari perkataan SEN telah tertutup dengan huruf S. Mohon pandangan Tuan,. ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali nsdk, struck through dropped filling letter merupakan sub kepada struck through seagaimana yang biasa kita bincang spt struck through grease,struck through metal powder, struck through wire dan berbagai struck through lagi..struck through dropped letter dengan ciri2 huruf yang berangkai spt ini sangat sukar terjadi....Terima kasih nsdk

      Padam
  3. tahniah depan kanta.. penerangan anda amat memuaskan hati dan sgt mudah difahami.. akhirnya moga dengan penemuan error seperti ini maka menambahkan minat numis yg lain supaya meluaskan pandngan mereka dalam memcari error2 yg unik.. well done bro.. harap menambahkn lagi entri yg seperti ini.. since mostly skunk saya lihat byk yg tertumpu kpada error yg dah selalu kita bincangkan DDR DDO MDD. moga ini menjadi satu yg baik utk semua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tingkatansatu,
      Perkongsian tentang syiling error nampaknya semakin meriah dengan penyertaan semakin ramai peminat. Tidak semua dari kita mampu memiliki semua kategori error/varieti yang ada dan perkongsian melalui alam siber merupakan kaedah terbaik. Semoga suatu hari nanti kita akan berjaya menerbitkan buku rujukan syiling error untuk kegunaan kita semua...Terima kasih banyak sdr tingkatansatu..

      Padam
  4. tahniah tuan... kerana menerbitkan blog ilmu untuk para numis mngenali lebih dalam mengenai error di malaysia... syabas...

    BalasPadam
  5. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan















    saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan















    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy mempunyai sekeping 50 sen 2005 yg di katakan palsu.Atas nasihat sahabat2 di fb,kiranya x lekat magnet,cuba bakardan tentunya cair atau berubah bentuknya,kiranya palsu.Sy telah lakukan pembakaran terhadap syiling itu selama 10 mini dngn menggunakan dapur memasak.Tetapi bentuknya tetap sediakala.Apakah ia palsu atau ada cara lain untuk mengetahuinya?

      Padam