Rabu, 14 Disember 2011

ROTATED DIE

Rotated die merupakan fenomena biasa pada syiling moden,ianya bermula dari beberapa darjah hingga 180 darjah (maksima).Darjah ini mengambil kira pusingan yg "lari"dari sepatutnya iaitu 0 darjah,pada kedudukan ini imej bahagian belakang dan muka syiling berada pada kedudukan selari (syiling Malaysia)
        Pakar2 numis menggambarkan rotated die ini samada CW (clockwise) atau CCW (counterclockwise)
mengikut pusingan error imej yg terjadi.
       Kedudukan asal imej pada kedua permukaan syiling tidak sama antara negara,contohnya syiling U.S atau Thailand berlainan dgn kedudukan imej pada permukaan syiling Malaysia.
       Dalam koleksi depankanta telah cukup semua denominasi bagi  siri bunga raya dengan rotated die melebihi 100 darjah..Bila disemak posts berkaitan error ini tertinggal syiling 50 sen yg belum dipamirkan walaupun sudah lama dijumpai...
                         
                                  Syiling 50 sen 2000,perhatikan puncak/kepala wau pada bah.muka syiling berada setentang dgn huruf "E" SEN bah.belakang....rotated die 180 darjah.

                            Keadaan yg sama dijumpai pada syiling 50 sen 2005 ini...