Isnin, 23 April 2012

5 SEN S3M,DIE ADJUSTMENT STRIKE

         Penemuan syiling die adjustment strike error pernah dipamirkan dahulu,dalam post berkenaan dipamirkan syiling 1 sen 2004 yg kelihatan ditempa dalam keadaan yg melebihi had biasa yg menjadi
kan imej dan semua details seolah2 tenggelam kedalam planchet.Bila keadaan adjustment pada die tidak menepati kedudukan sebenar ianya akan menghasilkan samada imej yg kabur akibat weak strike atau imej yg tenggelam sikit kedalam planchet akibat setting yg tidak tepat.

     Perkongsian kali ini adalah hasil penemuan sekeping syiling 5 sen s3M 2012 yg kelihatan imejnya agak tenggelam sedikit kedalam planchet.Bagi depankanta lebih cenderung utk mengaitkan syiling ini dgn die adjustment strike error yg jarang dijumpai pada syiling Malaysia...

                  Die adjustment strike error dikesan pada bahagian muka syiling 5 sen s3M 2012

                  Melihat berbagai sudut syiling berkenaan...Error dalam kategori ini sukar dijumpai pada syiling Malaysia sama siri Parlimen atau bunga raya...

               Perhatikan imej yg kelihatan hampir tenggelam kedalam planchet akibat kesilapan semasa membuat setting kedudukan die atau pelarasan kedudukan die sebenar belum dimuktamadkan...

           Bahagian belakang syiling ini tidak terjejas....