Khamis, 29 September 2011

FILLED DIE ?,SERUPA TAPI TAK SAMA

Sangat jarang dijumpai dua keadaan error yang sama terjadi pada denominasi syiling berbeza,tentu sekali untuk kerja2 tempaan syiling diselaraskan die mengikut denominasi dan variti syiling yg akan ditempa.
      Dalam post terdahulu pernah dipamirkan sekeping syiling 50 sen 2005 yg mungkin kesan filled die pada imej tangkai stigma bunga raya yg menyebabkan tangkainya kelihatan terputus.Apa yang menjadi renungan disini ialah penemuan sekeping syiling 5 sen 2005 yg juga terjadi filled die pada tangkai stigma bunga raya dan di tempat yg sama dengan syiling 50 sen 2005.
                             
                                Bahagian muka 5sen 2005


                           Bahagian belakang yg kelihatan terputus tangkai stigma bunga raya kesan dari filled die.

                Kejadian sama juga terjadi pada syiling 50 sen 2005 yg pernah dipamirkan....

            Samada secara kebetulan atau sebab2 tertentu menyebabkan error ini terjadi pada dua denominasi yg jauh berbeza saiznya walaupun ditempa pada tahun yg sama....

Mungkin ada pendapat lain yg lebih tepat tentang 2 error ini....

Rabu, 28 September 2011

DIE CRACK,BINTANG KE BINTANG

Dengan jumlah keluaran sebanyak 17,852,262 menjadikan syiling 10 sen 1988 sebagai syiling kedua terendah selepas syiling "keramat"10 sen 1971 pada denominasi 10 sen siri Parlimen.Adalah perkara biasa bagi pengumpul akan berusaha mencari syiling2 yg mintage rendah begini untuk menambahkan koleksi masing2.
     Jika dilayari dalam beberapa laman web yg menjual/melelong koleksi pengumpul,syiling 10 sen 1988 adalah diantara yang mendapat tempat pada pembeli....
    Dalam membelek2 syiling siri Parlimen,tiba2 terpandang sekeping syiling ini yg agak istimewa.Kesan die crack terjadi tepat dari hujung bintang menghala ke bintang yg terdapat pada tepi rim...

                              Bahagian belakang syiling tiada kesan error yg ketara,hanya sedikit kesan die clash yg hampir  tidak kelihatan dalam imej ini....

               
             Dalam koleksi depankanta kebanyakan die crack dan die clash error pada siri Parlimen dijumpai terjadi pada bahagian muka (obverse),mungkin anvil dienya lebih cepat letih berbanding dgn hammer die..hehe
          


              Agak menarik die crack error ini terjadi dari hujung bintang ke hujung "bintang" pada tepi rim,juga kelihatan imej ghostly "0"die clash error yg banyak dijumpai pada pada hampir semua denominasi 10 sen siri Parlimen

Isnin, 26 September 2011

WEAK STRIKE @ DIE TRIAL

   Antara kategori error yang jarang dipamirkan oleh blogger numis Malaysia adalah weak strike atau die trial error.Kebanyakan error pada syiling Malaysia adalah melibatkan kerosakan atau gangguan pada permukaan die semasa proses penempaan,berlainan pada weak strike error yg terjadi akibat pelarasan pada kekuatan tekanan die untuk kerja2 tempaan.Biasanya selepas sesuatu tekanan ditetapkan pada die beberapa percubaan akan dibuat bagi melihat kesempurnaan syiling pada tekanan tertentu dan syiling2 yg dicuba ini akan dilupuskan,namun dalam keadaan tertentu ianya terlepas juga kedalam edaran...
           Sekeping syiling 50 sen 2000 ini pada pendapat depankanta adalah weak strike atau die trial error..

                                        Bahagian muka syiling secara keseluruhannya kelihatan kesan tekanan tempaan yg lemah

                                     Menjadi kebiasaan pada syiling weak strike error,bahagian yg paling rendah/dalam pada die masih jelas imejnya bila ditempa sedangkan bahagian lain kelihatan kesan tekanan die yg lemah menyebabkan imej BANK NEGARA MALAYSIA dan 2000 tidak jelas kelihatan.
                             
                                        Kalau tidak ditelitikan,syiling ini boleh keliru dengan filled die error...

Ahad, 25 September 2011

ROTATED DIE SIRI PARLIMEN

Pihak berkuasa setiap negara telah menetapkan rekabentuk syiling masing2.Antara ketetapan yg ketara berbeza adalah kedudukan imej pada dua permukaan syiling,bagi Malaysia telah ditetapkan kedudukan imej bahagian muka (obverse)dan bahagian belakang(reverse) adalah pada kedudukan yang selari iaitu jika ditegakkan sekeping syiling Malaysia,kedua2 imej pada permukaanya menegak keatas.
        Berlainan dgn beberapa negara lain yg imej bahagian muka dan belakang adalah bertentangan iaitu jika imej bahagian mukanya keatas,imej pada bahagian belakangnya pula akan kebawah.
       Antara negara yg mempunyai rekabentuk syiling yg imejnya terbalik adalah Thailand dan US sementara kebanyakan negara Asia lain spt. Indonesia,Singapura,Brunei sama spt Malaysia.Keadaan ini adalah variti biasa yg dibuat mengikut sebabnya tersendiri.Bila pengumpul US menyemak rotated die error pada syiling mereka,lebih mudah bagi mereka memutarnya dari atas kebawah.Berlainan dgn pengumpul Malaysia akan memutarnya dari kanan kekiri..
     Untuk perkongsian post ini dipamirkan penemuan sekeping syiling 20 1976 siri Parlimen rotated die error.
                                       
                                        Bahagian belakang ditegakkan 180 darjah

                                       Imej  Bahagian muka akan senget sekitar CW 120 darjah..

                                    Cuba selaraskan syiling anda mengikut imej dicermin ini bagi menentukan darjah sebenar rotated die error...

Sabtu, 24 September 2011

WHY COLLECT?


Sebenarnya bukan menjadi tugas depankanta untuk bertanya mengapa dan kenapa mengumpul sesuatu koleksi kepada pelawat dan pengumpul tetapi untuk menarik perhatian pelawat pada seorang teman seiring depankanta iaitu blogger dan ahli numismatik whycollect,

       Sesuai dgn nama blognya yg simple dan jelas pada maksud,orangnya pun tentu simple dan berterus terang..sejak mula depankanta buka blog ini untuk perkongsian hal2 berkaitan numismatik khususnya syiling error,whycollect adalah antara blogger utama yg sering melawat dan memberi dorongan untuk kemajuan Numismatik Malaysia.Beliau tidak akan meninggalkan begitu saja posts yg dilawat melainkan setelah meninggalkan komen yg berkesan.
     Umpama"ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya"whycollect sering dilihat melawat dan meninggalkan komen pada blog2 pengumpul2 baru yg masih peringkat berkenalan dgn bidang numismatik,sikap begini tentu dialu2kan oleh pengumpul baru yg tercari2 rakan untuk perkongsian.Dgn pengalaman dan pengetahuannya yg luas dibidang numis,komen2 beliau sangat berguna sebagai pemandu kearah kemajuan numismatik.
     Sikap mudah mesra dan rendah diri whycollect menyebabkan sesiapa saja yg berinteraksi (melalui blog)denganya akan terasa seolah2 telah lama berkenalan denganya.Bagi pelawat yg pernah melawat blognya         tentu dapat melihat koleksinya berbagai item yg menarik,depankanta dapat agak,beliau adalah seorang penggemar tea kerana banyak koleksinya berkaitan dgn tea....
      Sebagaimana blog Mr Dickson Niew,blog whycollect juga berasaskan B.I namun bagi pelawat yg penulisanya BM tidak akan terasa kekok kerana whycollect sedia melayan kedua bahasa ini (bahasa lain belum cuba lagi..hehe),kefasihan BM whycollect sangat mengkagumkan..

                  "SELAMAT MAJU JAYA WHYCOLLECT DAN NUMISMATK MALAYSIA"

Lawat terus ke blog whycollect:

http://whycollect.blogspot.com/
   
     

Khamis, 22 September 2011

RARE CIRCLES

Syiling yg mempunyai kesan circles atau pusaran samada positive (timbul)atau negative(tenggelam) telah dipamirkan bagi 5 sen 2004 dan 5 sen 2010..Bagaimana syiling2 ini terjadi demikian masih dalam kajian ahli2 numis.
     Dalam post ini sekali lagi depankanta mengajak pakar2 numis utk meneliti sekeping syiling 1 sen 1993 yg keadaan garis2 yg terjadi agak unik...


                          Bahagian muka syiling 1 sen 1993

                            Bahagian belakang syiling kelihatan dengan jelas garis2 pada tepi berhampiran rim.

                            Garisan ini terjadi mengelilingi sepenuhnya pada tepi permukaan syiling
                                   Sekiranya ditelitikan garisan ini agak unik,iaitu ianya terjadi seolah2 tercakar bukan kerana terkena apa2 instrumen mesin kerana garis2 halus ini tidak selari antara garis2nya.Keadaan garis  yg tenggelam (negative)menyebabkan ianya kelihatan seolah2 tercakar atau terkena sesuatu objek tajam.

                    Yang menjadi persoalannya ialah garis2 ini secara jelas berada dibawah huruf dan imej yg bererti ianya terjadi sebelum tempaan kedua dibuat dan ianya adalah berbentuk negative(tenggelam)

                              Berlainan dgn syiling 5 sen 2004 dan 2010 ini yg kelihatan garis2nya selari dan berbentuk timbul(positive) yg mungkin disebabkan oleh kerja2 instrumen mesin.

Selasa, 20 September 2011

MAJOR RTR DIE CRACK

Rim-To-Rim die crack merupakan satu error yang sangat istimewa dan jarang dijumpai pada mana2 syiling.Walaupun mungkin ramai pengumpul yg memiliki syiling2 die crack error tapi bagi major  RTR die crack agak jarang kelihatan dipamirkan.
               Sekeping syiling 10 sen 2006 ini bagi depankanta boleh dikategorikan sebagai major RTR die crack error,sangat jelas ianya disebabkan keretakan yg besar terjadi pada die.

                          Bahagian muka syiling 10 sen 2006 ini tiada kesan error

         

                                  Bahagian belakang syiling menampakkan kesan hasil dari keretakan yang terjadi pada die bawah (anvil die).Garisan metal ini dapat dilihat dengan mata kasar

                         Jarang dijumpai syiling RTR die crack yg begitu jelas sekali seperti ini..

Ahad, 18 September 2011

ROTATED DIE 10 SEN 2008

Rotated die menjadi topik yg popular dikalangan pengumpul sejak kebelakangan ini.Depankanta sendiri yang dulunya tidak begitu memberi perhatian kepada error kategori ini mula menyelongkar semula koleksi2 untuk mencari rotated die error.Biasanya imej yg senget sekitar 1-15 darjah dikira sebagai keadaan biasa dan error ini diabaikan oleh pengumpul.
          Dalam post lalu telah dipamirkan syiling 1 sen dan 5 sen yang rotation errornya mencecah hampir 180 darjah.Untuk perkongsian dalam kategori ini lagi, dipamirkan pula syiling 10 sen 2008.

                                     
                                        Bahagian belakang syiling 10 sen 2008
       

      Jika dipusingkan pada sudut tegak 180 darjah,beginilah kedudukan imej pada bahagian muka syiling.


                                   Darjah rotated die error adalah sekitar 100-110 darjah

Sabtu, 17 September 2011

TEORI KEJADIAN ROTATED DIE CLASH

  Pada post sebelum ini iaitu mengenai rotated die clash error,depankanta ada juga terfikir satu teori bagaimana keadaan syiling itu boleh terjadi sedemikian.Dengan berbekalkan sedikit pengetahuan tentang proses penyilingan (coining process)depankanta memberanikan diri untuk mengemukakan hipotisis ini semoga mendapat teguran dari pakar2 Numismatik sekiranya tersilap.


  Gambarajah berikut adalah gambaran kedudukan die yg menyebabkan terjadinya rotated die clash.



                 

Gambarajah 1 :    Kedudukan die bagi proses penempaan normal dimana die atas dan die bawah selari pada   kedudukan tegak 180 darjah

Gambarajah 2 :    Kedudukan die bawah telah terbalik yang disebabkan oleh keadaan tertentu.Pada kedudukan die begini telah berlaku die clash dimana die atas telah tertempa die bawah tanpa planchet.

Gambarajah 3 :   Bila die bertemu die pada tekanan yang sangat kuat tentu akan meninggalkan kesan negative"ghostly" pada kedua-dua die.Pada die atas ada imej ghostly die bawah dan begitu juga sebaliknya.

Gambarajah 4 :   Keadaan die yang terbalik ini disedari oleh juruteknik atau QC yang bertugas lalu mengambil tindakan membetulkan semula die pada kedudukan sepatutnya,sedangkan imej negative ghostly yang terbalik yg sudah ada pada die tidak dibersihkan/dibaiki.Bila kedua die ini menempa planchet 1 sen 2005 yang depankanta punya itu maka terjadilah syiling rotated die clash..

          Walaupun depankanta belum cukup ilmu tentang syiling2 error yang begitu teknikal tetapi terpaksa memberanikan diri mengemukakan apa yang terfikir dengan harapan pakar2 Numismatik kita tampil memperbetulkannya...

ROTATED DIE CLASH

Rotated die error 2005 yang pernah dipamirkan menunjukkan bagaimana syiling tersebut telah ditempa dengan penyelarasan die bawah dan die atas tidak selari menyebabkan imej pada kedua permukaan syiling tidak pada kedudukan 180 darjah sebagaimana sepatutnya.Sementara die clash pula disebabkan die yg rosak akibat tertempa sesama die tanpa planchet,gambaran ini telah banyak dipamirkan.
     Post kali ini dipamirkan satu error yg agak istimewa,iaitu clash die terjadi secara rotated berbanding dgn tempaan imej sebenar.

                        Bahagian belakang syiling 1 sen 2005,imej rebana (die clash) terbalik dgn kaki rebana diatas

                                Bahagian muka pula,imej bunga raya terbalik dan berada kedudukan bawah

                       Berbanding dgn syiling 1 sen yg pernah dipamirkan(kanan),imej pada syiling ini terbalik pada kedudukan 180 darjah


       Tambah istimewa syiling ini terjadi rotated die clash pada kedua2 permukaannya...Bagaimana keadaan ini boleh terjadi hanya pakar numismatik saja boleh menjawabnya......

Jumaat, 16 September 2011

FINNED EDGE

Antara error yg terjadi pada rim syiling adalah finned edge error,walaupun biasanya syiling2 yg baru keluar dari kilang error begini agak senang diperolehi tapi ukuran bagi error ini adalah ketinggian fin yang kelihatan dan untuk mendapatkan syiling begini begitu sukar sekali.
     Rim syiling pada asalnya direka bentuk untuk melindungi imej,huruf,angka dan lain2 details yg terdapat pada permukaan syiling.Sebagai pelindung ianya direka sebagai permukaan yang paling tinggi pada sesekeping syiling,namun dalam keadaan tertentu rim ini pula terpaksa dilindungi oleh pengumpul untuk menjaga finned error supaya tidak rosak....

                          Bahagian hujung rim kelihatan tinggi kerana terdapat lebihan logam yg nipis pada syiling 1 sen 2007 ini.Finned edge terjadi pada bahagian muka syiling.

 

                               Finned edge error dapat dirasakan ketinggiannya dengan jari....
                             Biasanya jika syiling ini sudah lasak,finned edgenya akan rosak dan terlipat...
                             
Untuk mendapatkan penjelasan Numis tentang error ini sila lawat blog whycollect dan Mr.Dickson Niew.
http://whycollect.blogspot.com/
http://dniewcollectors.blogspot.com/


WANG KERTAS GANTIAN

Dalam kesibukan persiapan menyambut kedatangan hariraya tempoh hari sempat depankanta bertanyakan kawan2 yang pulang dari perantauan tentang duit2 istimewa yg mereka ada...dengan senang hati beberapa orang kawan memberikan beberapa keping yg prefixnya adalah wang gantian..
    Untuk perkongsian bersama dipamirkan beberapa keping wang tersebut...

                                Not rm 10 RADAR  NE6147416
                           

                         Wang gantian rm50 ZD0368071      

                               Wang gantian rm50 ZB0498354

                             Wang gantian rm50 ZB1406994


                              Wang gantian rm100 ZC0215398
                       Tidak pula diketahui sejauh mana nilai numis pada wang kertas gantian ini,namun ianya salah satu wang kertas yang menjadi buruan pengumpul...

Khamis, 15 September 2011

RIM CUD ERROR

Die chip error yg banyak dijumpai pada syiling 1 sen 2004 dan 2005 juga dikenali dengan coin cud error.Entah apa silapnya bagi syiling 1 sen Malaysia kebanyakan coin cud error terjadi pada huruf "2004" dan "2005".Berlainan dgn syiling2 luar negara yg banyak terjadi cud error pada rim dan ini lebih dikenali dgn rim cud error.
  Pada teknikalnya error ini terjadi disebabkan sebahagian die telah terserpih menyebabkan apabila die yang "rongak" tadi menempa planchet ianya akan menghasikan syiling ada logam yg timbul pada permukaannya.Bila bahagian tepi die yg terserpih ia akan memberi kesan pada rim syiling dan inilah yg dikenali rim cud error.Sekiranya anda mempunyai banyak koleksi syiling 1 sen mungkin tidak begitu sukar bagi anda utk menjumpai error begini.Depankanta pamirkan sekeping syiling 1 sen 2006  rim cud error untuk dikongsi bersama.

                   Bahagian belakang syiling 1 sen 2006 yg juga ada kesan die crack error

                   Bah.muka syiling kelihatan dua lebihan logam yg timbul pada rim dan juga pada tepi rebana.Keadaan ini terjadi disebabkan die yg terserpih dibahagian2 ini.



Rabu, 14 September 2011

DEFECTIVE DIE 1 SEN 2007

Bukan perkara mudah untuk menentukan kategori error pada syiling,semuanya ada piawaian  khusus yg diterima pakai oleh Numismatik antarabangsa.Bagi kita di Malaysia pengumpulan syiling error adalah satu bidang baru yg mula mendapat perhatian pengumpul2,berbanding dengan bidang mengumpul mata wang lama,bidang ini lebih mencabar kerana banyak melibatkan soal teknikal yg perlu diketahui.
      Dengan rujukan yg terhad,kebanyakan pengumpul syiling error Malaysia masih tercari2 kategori yg sebenar utk sesuatu penemuan.Bagi depankanta,peranan yg dimainkan oleh blogger Numis spt.nucoins,Mr.Dickson,lunaticg,whycollect,mnfaj (sekadar menyebut beberapa nama) adalah sangat membantu.Meskipun kadang2 ada juga berlaku pendapat yg berlainan tapi ini adalah perkembangan yg baik utk pembelajaran.Kehadiran mereka bersama blog masing2 yg bermula pada era 2000 adalah tepat pada waktunya kerana hari ini Internet sedia menghubungkan kita semua.
       Untuk post kali ini dipamirkan sekeping syiling 1 sen 2007 yg terjadi error sama dgn syiling 1 sen 2006 yg pernah dipamirkan dlm post terdahulu.

                                        Bah. muka 1 sen 2007,kelihatan sebahagian planchetnya timbul hampir menutup sebahagian imej rebana.Pada awalnya disangka ada sesuatu yg tidak kena pada planchet tapi bila diamati semula keadaan ini kemungkinan terjadi disebabkan keadaan die yg tidak sempurna.

                                    Bah.belakang syiling kelihatan tidak begitu terjejas
                                      Keadaan syiling bila diletak bawah cahaya terang

               Mungkin para pelawat ada pendapat lain yg lebih tepat untuk dikongsi bersama.......

Selasa, 13 September 2011

DIE DETERIORATION DOUBLING 2011

Tahun ini,2011 adalah tahun terakhir pengeluaran syiling siri bunga raya yg bermula sejak 1989.Walaupun depankanta terkilan juga sebab tiada lagi keluaran syiling 1 sen (terakhir 2007) tapi terpaksa akur dgn hakikat bahawa nilai 1 sen sudah tidak dipandang masyarakat hari ini.Bahkan depankanta mendapati syiling 5 sen juga semakin tidak diterima oleh masyarakat dan peniaga,mungkin syiling Malaysia siri ke 4 (20 tahun lagi?) syiling 5 sen pula dihentikan keluarannya!.
      Syiling keluaran 2011 agak terhad jumlahnya,walaupun jumlah rasmi sebenar setiap denominasi belum ada terlihat dimana2 nota @ blog.depankanta mengagak jumlahnya lebih kecil berbanding tahun2 sebelumnya,terutama denominasi 50 sen.
           Untuk perkongsian dalam post kali ini dipamirkan syiling 20 sen 2011 yg ditempa dgn die yg sudah agak lemah menyebabkan terdapat beberapa kecacatan

                                      Bahagian belakang syiling kelihatan kesan die deterioration doubling,sementara bahagian muka, imej sireh kelihatan tidak begitu jelas...
                                      Die deterioration doubling jelas pada angka "2011"dan "20",sementara beberapa bahagian imej dalam tepak sireh kelihatan tidak begitu jelas.
        Syiling error  2011 penting untuk disimpan kerana ianya adalah error terakhir untuk siri bunga raya..
nota: Numismatik biasanya tidak menganggap die deterioration doubling sebagai syiling error.

Isnin, 12 September 2011

WANG KERTAS RADAR

Bila melawat blog rakan2 Numis yg pamir koleksi wang kertas sangat mengkagumkan,terutama blog otai2 numis yg mempunyai pelbagai koleksi wang kertas yg mempunyai keistimewaannya tersendiri.Depankanta cuba juga mencari sekeping dua sekadar untuk suka2 lalu terjumpa wang kertas yang dikatakan mempunyai nombor RADAR.

                                     PREFIX : ABN9015109
                                

                                PREFIX:AAJ2235322

                                PREFIX:CA2985892
  Secara kebetulan ketiga2 not ini angka tengahnya "5".Sehingga hari ini depankanta masih tercari2 apa keistimewaannya not2 ini,apapun ianya menjadi salah satu buruan pengumpul jadi depankanta pun follow..hehehe
       Mungkin ada rakan2 blogger boleh ceritakan sikit tentang keistimewaannya...