Sabtu, 24 September 2011

WHY COLLECT?


Sebenarnya bukan menjadi tugas depankanta untuk bertanya mengapa dan kenapa mengumpul sesuatu koleksi kepada pelawat dan pengumpul tetapi untuk menarik perhatian pelawat pada seorang teman seiring depankanta iaitu blogger dan ahli numismatik whycollect,

       Sesuai dgn nama blognya yg simple dan jelas pada maksud,orangnya pun tentu simple dan berterus terang..sejak mula depankanta buka blog ini untuk perkongsian hal2 berkaitan numismatik khususnya syiling error,whycollect adalah antara blogger utama yg sering melawat dan memberi dorongan untuk kemajuan Numismatik Malaysia.Beliau tidak akan meninggalkan begitu saja posts yg dilawat melainkan setelah meninggalkan komen yg berkesan.
     Umpama"ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya"whycollect sering dilihat melawat dan meninggalkan komen pada blog2 pengumpul2 baru yg masih peringkat berkenalan dgn bidang numismatik,sikap begini tentu dialu2kan oleh pengumpul baru yg tercari2 rakan untuk perkongsian.Dgn pengalaman dan pengetahuannya yg luas dibidang numis,komen2 beliau sangat berguna sebagai pemandu kearah kemajuan numismatik.
     Sikap mudah mesra dan rendah diri whycollect menyebabkan sesiapa saja yg berinteraksi (melalui blog)denganya akan terasa seolah2 telah lama berkenalan denganya.Bagi pelawat yg pernah melawat blognya         tentu dapat melihat koleksinya berbagai item yg menarik,depankanta dapat agak,beliau adalah seorang penggemar tea kerana banyak koleksinya berkaitan dgn tea....
      Sebagaimana blog Mr Dickson Niew,blog whycollect juga berasaskan B.I namun bagi pelawat yg penulisanya BM tidak akan terasa kekok kerana whycollect sedia melayan kedua bahasa ini (bahasa lain belum cuba lagi..hehe),kefasihan BM whycollect sangat mengkagumkan..

                  "SELAMAT MAJU JAYA WHYCOLLECT DAN NUMISMATK MALAYSIA"

Lawat terus ke blog whycollect:

http://whycollect.blogspot.com/
   
     

7 ulasan:

  1. yea, dunia generasi baru...berita dapat disebarkan tanpa had dan kawasan..sesuatu perkara dpt diluahkan tanpa border sempadan...teruskan penerangan anda tentang syiling error...

    nFx
    http://noframex.blogspot.com
    http://framefx.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Terima kasih banyak2 nFx,dunia cyber tanpa sempadan banyak memberi kemudahan sekiranya kita pandai memanfaatkannya tidak kurang juga berbagai keburukan sekiranya disalah gunakan..Semoga anda juga terus memberi info terbaru mengenai dunia cyber ini.."Selamat maju jaya" & terima kasih banyak2 nFx....

    BalasPadam
  3. Hi depankanta,
    Haha, kami terasa amat rendah hati dengan pujian bertubi-tubi depankanta.
    Kami masih menyifatkan sendiri hanya berpengalaman novis dalam bidang numismatik kerana banyak lagi perlu dipelajari daripada ahli numis lain yang serba berpengalaman.
    Walau bagaimanapun, kami berani mengakui tahap keminatan kami terhadap hobi ini memang setanding dengan kebanyakan pengumpul lain, haha.
    Tujuan utama kami mengujudkan blog adalah untuk menggalakkan lebih ramai pengumpul berinteraksi sambil berkongsi pengalaman antara satu sama lain.
    Betul sekali kenyataan nFX kerana dengan internet, semua peminta dari seluruh pelusuk dunia boleh bertemu dan berkongsi maklumat.
    Semoga kita semua terus maju dalam usaha ini.
    Terima kasih banyak, depankanta :)

    BalasPadam
  4. Hi Whycollect,
    Memuji sesaorang dgn mulut memang senang sekali,sambil hirup tea tarik kita boleh memuji sesiapa saja tapi untuk menyatakan dalam tulisan perlukan satu penelitian yg lebih benar dan jitu.
    Secara peribadinya semua itu bukan pujian,depankanta hanya ingin "sampaikan apa yg sepatutnya disampaikan"tidak lebih dari itu.Bagaimana pula ianya ditafsirkan adalah terserah pada masing2....
    Peranan whycollect bukan kecil dalam kemajuan numismatik Malaysia,walaupun ramai ahli2/otai2 numis tapi berapa ramai yg aktif berblog dan sentiasa mendorong orang2 baru..
    "SEMOGA WHYCOLLECT TERUS MENYUMBANG UNTUK KEMAJUAN NUMISMATIK MALAYSIA"
    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  5. Good comments about whycollect! Saya sokong penuh,sebulat suara setuju apa yg dikatakan depankanta!Saya cakap macam ahli politik (haha!) tetapi ia memang benar!

    BalasPadam
  6. Hi Mr Dickson,
    Diantara blogger numismatik adalah penting untuk bertukar maklumat dan pendapat.Kalau dibandingkan dgn blog sosial,blog pengumpul sangat kurang.Koleksi numismatik tidak semua orang meminatinya jadi antara kita semua penting untuk mengeluarkan pendapat mengikut bidang masing2 tentang koleksi yg dipamirkan,disinilah peranan besar yg dimainkan oleh whycollect.Dgn adanya ahli2 numis spt nucoin,Mr Niew dan mnfaj(merujuk syiling error) yg memberi panduan dan teguran kami tidak segan utk beri pendapat...
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson..

    BalasPadam
  7. Hi Dickson,
    In fact, we are always trying our very best to follow your footsteps, ie. try to get more newcomers to the hobby.
    Its very disheartening to coin collectors like us to see how enthusiastic the young generations are toward those plastic toys if one takes a visit to Times Square.
    If coin collectors don't start doing their part to promote the hobby, eventually it will be overtaken by new ones.
    Haha, just our two cents :)

    BalasPadam