Khamis, 22 September 2011

RARE CIRCLES

Syiling yg mempunyai kesan circles atau pusaran samada positive (timbul)atau negative(tenggelam) telah dipamirkan bagi 5 sen 2004 dan 5 sen 2010..Bagaimana syiling2 ini terjadi demikian masih dalam kajian ahli2 numis.
     Dalam post ini sekali lagi depankanta mengajak pakar2 numis utk meneliti sekeping syiling 1 sen 1993 yg keadaan garis2 yg terjadi agak unik...


                          Bahagian muka syiling 1 sen 1993

                            Bahagian belakang syiling kelihatan dengan jelas garis2 pada tepi berhampiran rim.

                            Garisan ini terjadi mengelilingi sepenuhnya pada tepi permukaan syiling
                                   Sekiranya ditelitikan garisan ini agak unik,iaitu ianya terjadi seolah2 tercakar bukan kerana terkena apa2 instrumen mesin kerana garis2 halus ini tidak selari antara garis2nya.Keadaan garis  yg tenggelam (negative)menyebabkan ianya kelihatan seolah2 tercakar atau terkena sesuatu objek tajam.

                    Yang menjadi persoalannya ialah garis2 ini secara jelas berada dibawah huruf dan imej yg bererti ianya terjadi sebelum tempaan kedua dibuat dan ianya adalah berbentuk negative(tenggelam)

                              Berlainan dgn syiling 5 sen 2004 dan 2010 ini yg kelihatan garis2nya selari dan berbentuk timbul(positive) yg mungkin disebabkan oleh kerja2 instrumen mesin.

4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Kamipun berasa ingin tahu apa punca garis ini.
    Setakat ini kami belum pernah menjumpai duit syiling seumpama ini.
    Banyak terima kasih kerana berkongsi :)

    BalasPadam
  2. Hi Whycollect,
    Memang unik spesimen ini,nak dikatakan PMD garis2 itu jelas terjadi dibawah huruf yang bererti ianya sudah ada pada planchet sebelum tempaan huruf2 ini..Apapun mungkin pakar2 kita sudi beri pendapat tentang hal ini..
    Terima kasih banyak2 whycollect..jgn lupa hadir auction MNS...hehe

    BalasPadam
  3. Kemungkinan besar ia adalah repaired die errors.
    Permukaan die tersebut diasah atas sesuatu sebab dgn menggunakan mesin mengasah dan putar
    secara bulatan,kesan garisan bulatan yg terjadi diatas die tersebut menyebabkan garisan-garisan bulatan yang relief/menonjol keatas terjadi diatas field syiling tersebut selepas ditempa.

    BalasPadam
  4. Terima kasih banyak2 Mr Dickson,
    Kalau kemungkinan itu diambil kira,bererti syiling ini diasah menggunakan mesin pengasah yg sudah rosak menyebabkan garis2 yg tertinggal tidak selari berbanding dgn garis2 pada syiling 5sen 2010 yg kelihatan selari.
    Satu lagi perkara penting boleh dirumuskan ialah proses polishing selepas die tersebut diasah tidak dilakukan dgn sempurna..
    Terima kasih banyak2 Mr Niew,"Selamat bertugas dimajlis auction MNS"

    BalasPadam