Ahad, 16 September 2012

DDR 10 SEN 2012 S3M

      Syiling siri ke-3 Malaysia  tidak begitu banyak dijumpai berada dalam edaran,begitu juga error yg dijumpai kebanyakannya adalah dalam kategori die chip dan die crack yg merupakan kategori biasa pada syiling Malaysia.Masih belum kelihatan error yg termasuk dalam kategori major yg melibatkan kecacatan yg besar pada fizikal syiling.

     Varieti doubled die merupakan varieti yg terhasil dari kaedah proses pengehuban yg berulang (multiple squeezing method) yg dilakukan semasa penyediaan permukaan die.Bagi siri pertama dan kedua syiling Malaysia telah banyak dipamirkan penemuan berbagai ragam DD samada DDR atau DDO,juga yang terkesan pada sebahagian kecil huruf atau ke peringkat "monster".

    Penemuan ciri-ciri berganda pada sekeping syiling 10 sen  s3M ini begitu mengujakan.Walaupun belum cukup pengetahuan tentang ciri-ciri Varieti Doubled Die depankanta berkeyakinan syiling yg ditemui ini adalah DDR tulin.Penemuan ini juga menggambarkan pembuatan working die bagi syiling s3M adalah masih menggunakan kaedah yg sama dgn siri2 sebelumnya...

                              Bahagian belakang syiling 10 sen s3M..Doubled Die Reverse

             Angka "20"pada 2012 menarik perhatian kerana menampakkan angka yg berganda...

             Selain angka 2012,terdapat beberapa tempat yg menjadi tarikan pemerhatian.

            Pada bahagian bawah angka "20" (2012) yg paling ketara terjadi pergandaan imej..

               Sebagaimana biasa depankanta melihat pembentukan lekuk (notch) bagi membezakan ciri2 DD dgn ciri2 MDD atau DDD.Panah merah menandakan wujud ciri2 lekuk antara imej utama (primary)dan kedua(secondary)

   Pada stigma bunga raya dan beberapa huruf juga kelihatan pergandaan imej...

           Pada kaki Huruf "B"kelihatan tanda2 lekuk....

          Samada penemuan syiling 10 sen 3sM ini benar2 adalah varieti doubled die tulin hanya dapat disahkan oleh pakar2 varieti dan  syiling error,semoga ada pelawat yg juga berjaya menemui syiling seumpama ini untuk memantapkan perkongsian ini....