Ahad, 8 Januari 2012

MDD

Walaupun dalam senarai kategori error antarabangsa tidak dimasukkan MDD sebagai syiling error.Bagi setiap negara mempunyai senario errornya yang tersendiri,Salah satu sebab syiling MDD tidak tersenarai adalah kerana ianya mudah terjadi dan banyak didapati dalam edaran.Keadaan ini adalah disebabkan pada tapisan mutu piawaian di kilang,syiling2 begini diluluskan untuk edaran jadi ianya banyak dan mudah dijumpai.
      Syiling Malaysia siri Perlimen,deno 20 sen 1988 mendominasi MDD siri Parlimen dimana ianya banyak dijumpai.
       Bagi siri bunga raya pula MDD dikesan terjadi pada hampir semua denominasi.Untuk perkongsian bersama depankanta pamirkan syiling2 siri MDD bunga raya yang terjadi pada bahagian belakang syiling(reverse)
                      Syiling 1 sen 1997,paling kurang dijumpai..mungkin ada premium untuk MDD ini..


                        Syiling 5 sen 2001,ciri2nya boleh terkeliru dgn syiling die deterioration.


                         10 sen 2009.....


                              20 sen 1993,mudah dijumpai die progressive untuk MMD ini.


                             50 sen 2008,sukar dijumpai....


8 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Hmmm mungkin betul juga kata depankanta...satu hari kelak, mungkin MDD pun diburu pengumpul terutama apabila error dan variety sesuatu syiling semakin berkurangan.
    Bagi kami, memang tidak akan lepaskan mana2 MDD yang ditemui walaupun belum berapa popular di kalangan para pengumpul.
    Tahniah kerana menjumpai begitu banyak MDD :D

    BalasPadam
  2. Terima kasih banyak2 whycollect,
    Mengumpul syiling error melibatkan teknikal sedikit,ianya memerlukan lebih pemerhatian dan penyelidikan.
    Nampaknya bidang ini semakin ramai pengumpul muda yg mula meminatinya dan kita mengharapkan suatu hari nanti mereka akan menguasai bidang ini secara lebih profesional.
    Syiling MDD penting dikenal pasti bagi membezakannya dengan Doubled Die tulin.Whycollect nampaknya sudah lama kedepan dalam kategori ini..
    Terima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  3. Hi depankanta,
    Haha, honestly we are far behind you when it comes to technicalities on errors and varieties or even the minting processes.
    Time is always a factor even at this very moment, while we are working, we are taking a short break to go online not related to our work, haha.
    But we believe a reasonable degree of knowledge is necessary to indulge in any hobby.
    This will help us save a lot esp if it involves money because instances of being cheated or buying the wrong stuffs among the new collectors are very common.
    Haha, suppose our focus is more in getting good deals than on the technicalities.
    We enjoy most when seeing our collectibles increase in value.
    Haha, so mostly likely, in future, apart from our sifus like Dickson and Nu, we will have to rely on your expertise too.
    Thanking you in advance, depankanta :)

    BalasPadam
  4. Hi Whycollect,
    Haha..Terangkat rasanya bila baca komen itu,kita sebenarnya sedang bersama blogger2 numis lain bergerak seiring dan saling tukar-menukar pendapat tentang perkara ini.
    Depankanta berpendapat ciri2 yang membezakan sekeping syiling dengan sekeping washer ialah pada minting processes.Dari mengenali teknologi dan pengawalan pembuatan syiling melahirkan minat untuk mendalami bidang ini.
    Syiling error bukan sekadar KUMPUL-PAMIR-SIMPAN tapi ianya melibatkan KUMPUL-SELIDIK-PAMIR-SIMPAN.
    Premium syiling error Malaysia semakin hari semakin meningkat,ini akan mewujudkan pula "pemangsa2"yg mencipta berbagai jenis error untuk dijual.Memang tepat saranan whycollect,sepatutnya seorang pengumpul syiling error mempelajari dan memahami semua error untuk mengelakkan ditipu.
    Depankanta berpendapat dalam diam2 telah banyak syiling error kita telah berada diluar negara(contoh;doubled die 10 sen 2007),ini mungkin disebabkan belum ramai pengumpul syiling error Malaysia yg terlibat secara aktif.
    Kita memang sentiasa berterima kasih pada pakar2 spt Mr Dickson dan Nu yang selalu memberi teguran.
    Terima kasih banyak2 whycollect"SEKEPING SYILING ERROR DEPANKANTA,FIZIKALNYA MILIK DEPANKANTA TAPI ERRORNYA MILIK KITA SEMUA"..hehe

    BalasPadam
  5. Salam depankanta,
    Menarik specimen MDD yang depankanta tampilkan ini. Sebelum ini saya tak tertarik dengan MDD kerana terpengaruh dengan saranan ahli numismatik Amerika yang mengatakan MDD ini adalah "worthless doubling". Akan tetapi selepas menjumpai 20 sen 1994 tahun keydate yang mempunyai MDD, macam menarik pula. Boleh kata error juga lah MDD ini kerana ianya berlaku ketika proses penempaan dan ia juga adalah tidak diingini. Dalam banyak-banyak syiling di atas, yang berdenominasi 1 sen paling menarik minat saya. Ringkas dan menarik.

    Berkenaan dengan perbincangan depankanta dan whycollect, saya setuju. Pengetahuan adalah perkara nombor satu jika hendak menceburi apa-apa hobi, terutama hobi yang agak subjektif seperti ini dan kekurangan maklumat komprehensif. Terdapat beberapa pengumpul baru yang membelanjakan banyak wang, masa dan perhatian kepada spesimen yang akhirnya adalah spesimen palsu (PMJ,PMD dan sebagainya).

    Kewujudan blog-blog seperti depankanta, whycollect, Nu, Dickson, dan lain-lain amat membantu dalam perkara ini. Sama-sama kita berkongsi dan belajar antara satu sama lain. :)

    BalasPadam
  6. Hi depankanta dan mnfaj,
    Haha, kami terpaksa menggunakan pengetahuan yang tidak berapanya itu untuk memperoleh kolektibel yang kami berpendapat mempunyai masa depan cerah kerana tidak cukup masa untuk mempelajarinya.
    Memang bagus sekali, jika boleh memperoleh pengetahuan macam sifu-sifu lain dan pada masa yang sama mempunyai koleksi yang bagus.
    Nampaknya, kedua ciri2 ini diidami oleh setiap pengumpul ;)

    BalasPadam
  7. Salam mnfaj,
    Syiling 20 sen 1994 MDD sangat mengelirukan,pada awalnya disangka syiling ini DDR tapi bila melihat dan menbandingkan beberapa foto yang dipamirkan oleh beberapa blogger didapati ianya jelas adalah MDD.Beberapa ciri die progressive dapat dilihat bila diperhatikan pada banyak keping syiling.
    Tidak dinafikan pengetahuan dan pengalaman penting dalam bidang numismatik kerana kadang2 ianya akan melibatkan jual -beli item yang sukar dinilai.
    Peranan mnfaj sendiri juga dilihat banyak membantu dalam kemajuan numismatik ini dimana pandangan peribadi depankanta,mnfaj adalah pakar dalam SYILING DOUBLED DIE yg sangat teknikal ciri2nya...
    Terima kasih banyak2 mnfaj...

    BalasPadam
  8. Hi whycollect,
    Tepat sekali pendapat whycollect,depankanta selalu merayau2 dalam mudah.com,lelong.com dan e-bay dan mendapati syiling2 error sentiasa ada dipamirkan untuk dijual dan semakin hari semakin meningkat jumlah dan harganya.
    pengalaman depankanta sendiri mendapati syiling error Malaysia bukan sahaja diminati disini,bahkan sampai ke negara2 jiran...
    Pengetahuan kita sangat penting bagi menilai mana syiling error yg bernilai tinggi dan mana yg kurang.Contohnya syiling MDD begini,mungkin diluar negara ianya tidak bernilai kerana senang dijumpai tapi tidak semestinya kita disini sama dgn mereka(contohnya syiling 1 sen 1997 MDD diatas)
    Terima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam