Sabtu, 15 Oktober 2011

NILAI MUKA,NILAI LOGAM DAN NILAI NUMIS

Santai sambil menghirup secawan kopi dihujung minggu tiba2 terlintas difikiran,berapa nilai syiling 1 sen Malaysia sekiranya masih ada dalam edaran hari ini...Walaupun pada realitinya nilai ini tidak wujud lagi pada logam syiling 1 sen tapi nilainya tetap masih ada dalam ekonomi negara.Beberapa bil bulanan kita masih tertera angka sen ini tapi cara bayarannya telah dipergenapkan kepada 5 sen terhampir.
         Nilai logam copper clad steel syiling 1 sen pula pernah seorang blogger cuba mengira harga kandungan logamnya dan beliau menganggarkan harga sebenar logam itu sekarang ialah 3 sen sekeping,tidak pula diterangkan bagaimana kiraan itu dibuat.Melihat pada harga tembaga dan besi sekarang nilai itu mungkin betul.
        Pengumpul dan ahli2 numismatik pula mempunyai cara mereka tersendiri dalam memberi nilaian pada setiap syiling,nilaian ini jauh melangkau dari fikiran masyarakat biasa.Maklumat terkini,dalam lelongan MNS sekeping syiling 1 sen 1976(copper) terjual dgn harga rm3k!.

         Bagi mencari nilai 1 sen,depankanta beli satu paket kacang produk iks di bandar K.Bharu dgn harga rm1.00

                                          Bila dibuka boleh tahan juga isinya...

                                           Bila dikira jumlahnya 91 biji......

          Diambil kiraan mudah,sebiji satu sen (harga sebenar 0.91sen)...Kalau dijual sebiji sebiji,sanggupkah kita tukar syiling 1 sen dgn sebiji kacang ini?

                                      Atau dengan syiling 1 sen ini...
                                 Selamat bercuti hujung minggu.........