Rabu, 30 November 2011

RTR DIE CRACK 2000

RTR (Rim To Rim) die crack error agak sukar dijumpai terutama pada syiling bersaiz besar seperti 50 sen 2000 ini,tambah pula ianya terjadi pada bahagian muka syiling yg bererti keretakan terjadi pada die bawah(anvil die).Pelayaran dalam blog rakan2 numis mendapati sekeping syiling yg hampir sama telah pun dipamirkan oleh Blogger mnfaj yg juga merupakan pakar dalam beberapa kategori syiling error.
              Die crack biasanya bila terjadi akan terus membesar jarak dan luas keretakannya.Sekiranya kerja2 menempa oleh die yg rosak ini tidak dihentikan maka banyak syiling yg sempat ditempa oleh die ini..
              Pemerhatian yg teliti perlu bagi menentukan syiling yg mana ditempa dahulu antara kepunyaan ,mnfaj dan depankanta!....
 

                               Depankanta berpendapat syiling yg retak begini sekiranya dibiarkan akan mudah terserpih pada die dan akan membentuk cud yg besar tapi sehingga sekarang belum dijumpai pada syiling 50 sen 2000,mungkin kerosakan ini telah dibaiki dan tidak banyak yg sempat ditempa oleh die yg rosak ini...

                          Tiada apa2 kesan error pada bahagian belakang syiling ini.....
Bagi melihat syiling hampir sama yg dipamirkan oleh blogger mnfaj sila lawat:
http://mnfaj.blogspot.com/2011/11/164-50-sen-2000-die-crack-rtr-and-die.html