Ahad, 8 April 2012

5 SEN S3M,REPAIRED DIE

Sekali pandang syiling 5 sen s3m 2012 yang calar balar ini menyebabkan sangkaan menyatakan ianya adalah syiling PMD yg terkena sesuatu semasa dalam edaran.Bila dijumpai beberapa spesimen yg terdapat tanda-tanda yg sama menyebabkan penelitian terperinci terpaksa dibuat,hasilnya jelas menunjukkan syiling ini adalah repaired die error.

         Membaiki atau membersihkan semula permukaan die adalah rutin biasa dalam  proses penyilingan.Die yg sudah lasak menempa terlalu banyak syiling tentu akan mengalami kerosakan atau setidak-tidaknya akan timbul bintik2 seperti kaviti yg perlu dibersihkan.Proses menggilapkan semula die sepatutnya dilakukan dgn teliti supaya pada akhirnya permukaan die akan licin dan berkilat semula.Die yg gagal digilap sepenuhnya akan menghasilkan syiling spt yg dipamirkan ini.

       Bahagian muka syiling 5 sen s3M 2012.Kesan calar yg halus dgn garis melintang kelihatan dgn jelas..Menimbulkan keraguan....

                       Bila empat keping syiling terdapat ciri-ciri yg sama,tentu ianya adalah disebabkan oleh sesuatu yg ada pada permukaan die atau die errors.Perhatikan kedudukan garis2 halus pada keempat2 syiling ini...
                        
    Sekiranya difokus pada tempat tertentu jelas menunjukkan persamaan pada garis2 ini...

                 Syiling 1
              Syiling 2
              Syiling 3
              Syiling 4

              Persamaan pada garis2 keempat-empat syiling ini....

                   Bahagian belakang syiling 5 sen s3M tersebut...

Ciri2 repaired die pada syiling 1 sen 1993 pernah dipamirkan dalam post terdahulu.Walaupun garisnya agak lintang pukang tapi ianya masih membentuk bulatan....


         
                   Ciri2 syiling diatas berlainan dgn syiling2 lathe lines yg lebih kelihatan lebih teratur garis2 halusnya yg membentuk concentric circles....