Wang kertas Sa-puloh ringgit dgn watermark Agong merupakan cerita lama yg masih hangat dibicarakan dikalangan pihak tertentu.Bagi ahli2 sains numismatik,jelas mereka tidak menerima kehadiran wang kertas ini dan menganggap sekiranya wujud dimana2 ianya adalah wang palsu kerana siri wang kertas dgn watermark Agong tidak pernah dikeluarkan oleh BNM.
Berlainan pula dgn peminat dan pengamal amalan mistik yg masih kuat kepercayaan bahawa wang kertas sedemikian memang wujud,dalam waktu yang sama mereka juga percaya bahawa wang ini tidak dikeluarkan oleh BNM.Mengikut kepercayaan mereka wang ini adalah datang dari "alam ghaib" yg sukar diterjemahkan dari sudut sains.Bila kuat kepercayaan tentang wujudnya wang kertas ini dan hanya orang tertentu sahaja yg layak memperolehinya akan melonjakkan harga wang kertas ini kepada satu nilai yg terlalu tinggi.Bagi peminat atau pengamal ilmu mistik mereka percaya wang kertas ini adalah syarat utama untuk upacara "menarik duit"yg masih diamalkan dikalangan masyarakat tertentu yg melibatkan berbagai kaum di Malaysia.
Bila menyedari wang kertas ini diburu "tanpa mengira berapa harganya" lahir pula golongan yg sanggup memperdayakan pihak yg berhajat itu dgn mencipta wang kertas sa-puloh ringgit dan mewujudkan watermark Agong dengan berbagai kaedah yg amat teliti.Situasi ini menyebabkan timbul satu pemburuan yg sangat rumit dikalangan peminat wang kertas ini iaitu memburu "wang dari alam ghaib" yg ori!.Isu utama mereka adalah "ori "dan" tak ori"...
Dengan ehsan seorang kenalan yg juga merupakan pemburu wang kertas tersebut depankanta diberi kesempatan untuk merakamkan dua keping wang kertas sa-puloh ringgit watermark Agong yg dikatakan ori (mengikut persepsi mereka) .
Kedua wang kertas ini kelihatan warnanya agak berlainan...
Wang kertas pertama kelihatan materialnya seakan berkilat tidak seperti kertas biasa....
Pandangan biasa menampakkan sedikit kesan yg dikatakan watermark dgn warna kebiruan...
Bila diletakkan dibawah cahaya,menampakkan watermark yg lengkap...
Bagi menjelaskan lagi imej watermark,foto ini telah di edit supaya lebih sharp.....
Wang kertas kedua,menggunakan prefix A-1 000000

Post berkaitan wang seumpama ini pernah disiarkan dalam:http://depankanta.blogspot.com/search/label/SA-PULOH%20RINGGIT
Walaupun dikalangan ahli numismatik menganggap kehadiran wang kertas begini mitos semata-mata tetapi memandangkan kegiatan memburu wang ini masih berterusan dalam masyarakat kita dan melibatkan berbagai lapisan masyarakat,depankanta siarkan post ini untuk perkongsian bersama...Wallahhuaklam