Jumaat, 2 September 2011

DOUBLED DIE 50 SEN 2009

Dalam mengumpulkan koleksi syiling doubled die siri bunga raya,kebanyakan yang ditemui adalah bukan variti doubled die tulin tapi adalah syiling mechanikal doubling atau die deterioration doubling.Pada siri Parlimen sangat jarang dijumpai syiling doubled die.
      Depankanta hanya berjaya kumpul syiling DD tulin siri bunga raya bagi denominasi 5 sen,20 sen dan 50 sen.Syiling 10 sen agak sukar ditemui,hanya terdapat beberapa minor DD yg pernah dipamirkan.Depankanta agak bernasib baik kerana berjaya menemui lebih dari 5 keping syiling  variti DDR 5 sen 2008.
    Bagi post kali ini dipamirkan spesimen syiling 50 sen 2009 DDR yg telah pun ada dipamirkan dalam koleksi mnfaj dan nucoins.Memandangkan DD tulin adalah satu variti tentu keadaan syiling juga terdapat banyak persamaan .
        Sebenarnya syiling ini telah lama tersimpan,cadangan depankanta nak dipamirkan bersama DD 10 sen bagi cukupkan set tapi tak kesampaian kerana syiling 10 sen sangat sukar dijumpai.

                   
                                        Bahagian  muka 50sen 2009
                                    Bah.belakang,Kelihatan DDR yg sangat ketara pada keseluruhan huruf.
                  Ulasan Numismatik yang lengkap bagi DDR ini boleh dilihat dalam blog nucoins dan mnfaj...
                                     
                                 DDR syiling 5 sen 2008
                                     Dalam post terdahulu telah dipamirkan syiling 20 DDR ni.
  Tentu telah ramai pengumpul syiling error yg telah memiliki syiling2 spt ini hanya menunggu untuk cukupkan set dengan syiling 10 sen!..