Ahad, 12 Mei 2013

MDD - KESAN GETARAN DAN SERET

       Mechanical die doubling (MDD),machine doubling damage,machine doubling,shift doubling,strike doubling merupakan istilah yang digunakan oleh penggemar syiling error untuk memperkatakan tentang kewujudan kesan berganda yang disebabkan oleh kelemahan mesin dan peralatan yang digunakan semasa proses menempa syiling.

        Kategori MDD ini tidak dikira sebagai syiling error kerana kerosakan yang terjadi adalah fenomena biasa dalam proses pembuatan syiling, Syiling-syiling MDD menjadi penting untuk diberi perhatian kerana ianya sering menjadi kekeliruan dengan syiling-syiling Doubled Die tulin.

         Getaran atau pergerakan yang menghasilkan MDD boleh terjadi pada kedua die atau planchet. Getaran pada planchet akan menyebabkan kesan gandaan imej boleh terjadi lebih dari sekali. Syiling 20 sen 1990 dijumpai terjadi kesan seolah-olah tertempa tga kali....


              Kesan MDD yang terjadi pada angka "9" dan kaki"2" jelas kelihatan tiga gandaan imej.

                 Pada angka "9" kelihatan kesan "seret" yang membuktikan fenomena ini terjadi akibat getaran pada planchet dimana walaupun kelihatan tiga peringkat gandaan tetapi saiz huruf masih tidak berubah.Panah kuning menunjukan getaran terjadi pada planchet pada bahagian ini dan warna merah adalah kesan pada angka"9" yang menjadi kecil bila getaran berhenti.

             Kesan getaran yang sama juga akan terjadi pada tempat yg sama pada muka syiling.

           Tepat pada bahagian angka "9"pada belakang syiling 20sen, dibahagian muka ialah imej buah pinang.

Pada imej buah pinang juga jelas terjadi tiga kali gandaan imej. Ciri-ciri MDD yang terjadi ini merupakan bukti ianya disebabkan pergerakan planchet semasa proses tempaan berlaku.

                  Gandaan huruf yang terjadi pada syiling Doubled die tulin menyebabkan saiz keseluruhan kedua imej yang berganda akan menjadi besar kerana ianya dihasilkan dari dua imej.