Rabu, 17 Oktober 2012

DDO 5 SEN 2011

             Syiling 5 sen merupakan denominasi yang paling tidak popular dikalangan pengguna hatta budak2 tadika pun akan menolak jika diberikan beberapa keping syiling 5 sen untuk berbelanja.Syiling 5 sen menjadi syiling Malaysia yang paling kecil nilainya selepas penggunaan syiling 1 sen dimansuhkan.

           Bagi depankanta syiling ini tetap bernilai dan sentiasa diburu,banyak kategori error telah disumbangkan oleh syiling yg bersaiz kecil ini.Dalam beberapa posts yang lalu telah dipamirkan penemuan syiling 5 sen doubled die tulin spt DDO 2009 dan DDR 2008.Syiling keluaran 2011 yang merupakan tahun terakhir keluaran syiling siri bunga raya turut dijumpai terjadi ciri2 doubled die.

            Bahagian muka syiling 5 sen 2011...

          Ciri2 doubled die dapat dilihat pada kepala gasing,biasanya Pemerhati syiling doubled die akan terkeliru dgn MDD dan DDD.Mengikut pemerhatian depankanta sekiranya MDD kesan gandaannya akan kelihatan rata kerana terseret semasa proses penempaan dan jika kesan DDD keseluruhan permukaan syiling ini akan ada kesan Deterioration.
      Kedua  imej kepala gasing pada syiling ini kelihatan cembung yang merupakan salah satu ciri2 varieti doubled die,malangnya depankanta menemui syiling ini dalam keadaan tidak jelas ditambah pula kemudahan fotografi yg serba kekurangan menyebabkan perkongsian error yg kecil2 begini tidak begitu nyata.

       Hanya perkongsian dgn pelawat dan pengesahan oleh pakar2 doubled die akan menentukan samada syiling ini benar2 satu lagi varieti doubled die bagi syiling Malaysia atau hanya penemuan biasa sahaja....