Isnin, 30 Januari 2012

KATEGORI PARTIAL COLLAR

Mengikut penjelasan oleh Nucoins Partial collar terbahagi kepada 3 kategori :
 
      1) Tilted partial

      2) Flanged partial

      3) Reverse flanged partial

          Tilted partial merujuk kepada partial collar yg agak condong sedikit,flanged partial collar strike pula kelihatan seperti "railroad rim"iatu pada sisi syiling kelihatan seperti jalan keretapi.Reverse flanged strike pula menghasilkan keadaan yg terbalik pada sisi syiling partial collar,keadaan ini ditentukan oleh kedudukan die atas dan die bawah yg berlainan antara negara.
       
        Depankanta pamirkan beberapa spesimen partial collar yg ada dalam koleksi untuk perkongsian bersama,namun untuk meletakkan sub-kategori sebenar agak sukar kerana sesetengah syiling yg dijumpai tidak begitu ketara kesan yg terjadi.
                                Dipamirkan semula syiling 1 sen 2002,yg ini mungkin tilted partial collar kerana tempaan sisinya condong sedikit.

                            Dua syiling diletak bersama bagi melihat perbezaan.Syiling partial collar (bawah) dan syiling 1 sen 2002 biasa (atas)

                            Syiling 20 sen siri bunga raya banyak dipamirkan oleh pengumpul syiling error.

                              Syiling 50 sen dengan kesan partial collar strike...

                            Sekeping syiling 1 sen 2002 yg kelihatan ada kesan seolah2 jalan keretapi iaitu bahagian atas dan bawah telah menonjol dan ditengah2 terdapat satu lurah.Walaupun kesan yg terjadi tidak begitu jelas,depankanta berpendapat ini adalah spesimen flanged partial collar yang sukar dijumpai pada syiling Malaysia.


           Sekalung ucapan terima kasih kepada Nucoins untuk penjelasan tentang partial collar error..

Ahad, 29 Januari 2012

SYILING BERBICARA (2)

Dalam post syiling berbicara siri ke-2 ini,depankanta ingin berkongsi sekeping yg kondisi permukaannya membolehkan kita mengesan bagaimana rupa bentuk permukaan pada die bawah.
      Sekiranya permukaan pada sesebuah die telah terserpih sedikit pada bahagian tertentu  maka syiling berkenaan dikaitkan dgn die chip error.Bahagian yg biasa terjadi die chip adalah pada huruf,angka dan imej syiling,die chip lebih banyak dijumpai terjadi pada bahagian belakang syiling berbanding pada bahagian muka.
      Syiling 10 sen 1996 ini berkemungkinan akibat dari die bawah (anvil die) yg menempanya telah terserpih pada bahagian tepi .
        Pada pendapat depankanta ini adalah die errors dimana bahagian tepi die terkena sesuatu yg menyebabkan terjadi bergerigi spt digigit tikus pada bahagian tepi  die yg sepatutnya membentuk rim pada syiling.
                          Perhatikan sekeliling tepi rim pada permukaan syiling 10 sen 1996 ini.



                         bulatan kuning pada rajah 2 adalah bayangan permukaan sebenar die yg sepatutnya menempa rim syiling dengan bentuk bulat.

                      Pada bahagian belakang syiling hanya ada sedikit kesan minor off center.
            Memandangkan error ini jarang dijumpai,kategori error yg spesifik belum dapat dipastikan...Mungkin ada pelawat yg ingin berkongsi....

Sabtu, 28 Januari 2012

SET DIE CHIP

Die chip adalah antara error yg popular pada syiling Malaysia terutamanya pada denominasi 1 dan 5 sen siri bunga raya.Keistimewaan pada error ini adalah bila ianya dapat dicari sirinya mengikut dari awal pembentukan die chip yg kecil hingga menjadi besar sebagaimana yg terjadi pada die crack progression.
              Dipamirkan syiling die chip error pada semua denominasi syiling Malaysia siri bunga raya.

                               50 sen 1997
                            20 sen 2008
                          10 sen 1991

                            1 sen 2007
                               5 sen 2009



Jumaat, 27 Januari 2012

PARTIAL COLLAR

Syiling 1 sen yg tiada apa2 imej pada sisinya (plain edge) agak menyukarkan untuk dicari error dalam kategori partial collar,pemerhatian yang teliti perlu diberi pada setiap keping syiling bagi mencari error ini.
            Biasa dijumpai dalam blog pengumpul2 syiling error dipamirkan penemuan partial collar pada syiling 50 sen dan 20 sen,mungkin pada deno ini agak mudah diperolehi.
           Depankanta ingin berkongsi penemuan syiling 1 sen 2002 dengan kesan partial collar yg begitu ketara dan bagaimana fenomena ini terjadi telah diterangkan dalam post terdahulu.

                              Kesan partial collar yg ketara pada sisi syiling 1 sen 2002
                           


                         Pada permukaan syiling tiada kesan error..
     
                  

Rabu, 25 Januari 2012

SET SYILING OFF CENTRE

Bagi syiling2 dalam edaran agak sukar menemui syiling2 yang major off centre,dalam pencarian depankanta hanya menjumpai syiling2 yang agak minor off centre.Kategori ini agak menarik kerana ianya dapat dilihat dengan mata kasar dan biasanya premium utk error ini dikira dari peratus off centre yg terjadi.
            Faktor utama terjadinya syiling2 begini adalah disebabkan kedudukan planchet yg tidak berada ditengah2 chamber semasa proses penempaan,keadaan ini terjadi mungkin disebabkan semua instrumen dan mesin yg terlibat semasa  proses penempaan adalah sentiasa bergerak.Sekiranya planchet tidak betul2 berada dalam chamber ia akan tertempa dalam keadaan senget dan biasa dijumpai ianya terjadi pada semua arah..
          Biasa juga dijumpai syiling2 off centre ini terjadi bersama finned edge atau broadstrike error......
                               50 sen 2007
                              20 sen 2005
                               10 sen 2008
                              5 sen 2001
                             1 sen 2005
                                            Set minor off centre siri bunga raya
         NOTA KEMASKINI: setelah disemak semula,sebahagian dari syiling diatas adalah dalam kategori misaligned die (MAD)

Selasa, 24 Januari 2012

MONSTER DOUBLED DIE SIRI PARLIMEN

Terbaru yg dipamirkan dalam kategori syiling doubled die adalah syiling 50 sen 1984 oleh manfaj.Variti yg sama pernah dipamir dan diulas oleh nucoins dalam blognya.Syiling siri Parlimen didapati sangat sukar dijumpai variti doubled die,hingga sekarang hanya 50 sen 1984 dengan kesan kecil pada huruf  tanda tangan ringkas pereka bentuk "GC".
          Sempena cuti tahun baru cina depankanta luangkan masa untuk membelek semula stok syiling2 yg ada.Agak terperanjat bila menemui sekeping syiling 5 sen 1976 yg jelas ada kesan "monster" doubled die yg belum kelihatan dipamirkan oleh mana2 blogger syiling error (atau depankanta yg terlepas pandang).
         Ciri2 yg ada jelas menunjukkan syiling ini adalah kesan doubled die tulin yang boleh dijelaskan oleh pakar2 variti doubled die nanti.
        Dengan penemuan depankanta ini diharap akan ada pula muncul variti yg sama dari rakan2 blogger bagi melengkapkan perkongsian dan mengesahkan variti syiling ini

                    Bahagian belakang syiling 5 sen 1976       DDR




                      Pada bahagian muka tiada apa2 kesan error...

                    Ciri2 hampir sama dengan syiling 5 sen 2008 monster  DDR, yg pernah dipamirkan....
                  

Isnin, 23 Januari 2012

CRAACKK!!!

Sukar untuk dibayangkan bagaimana keadaan permukaan die atas bila melihat sekeping syiling 1 sen 2006 ini.Pengumpul syiling error yang biasa dengan syiling 1 sen 2006 tentu akan jumpa die crack pada syiling 2006.
Depankanta sendiri pernah pamirkan syiling die crack 1 sen 2006 dengan kesan retak yg agak ketara namun bila terpandang banyak retak yg terjadi pada syiling ini terus menarik minat untuk dikongsi bersama.

               Sesuai syiling ini dinamakan "syiling retak seribu".Sila zoom imej utk melihat kesan retak.
        Keretakan terjadi hingga kebahagian rim....

Sabtu, 21 Januari 2012

SET ROTATED DIE 1 SEN 2005

Rotated die error merupakan kategori error yang sangat berkait dengan kecanggihan mekanikal dan  teknologi yang digunakan dalam proses penyilingan.Syiling 1 sen 2005 Malaysia siri bunga raya yg dijumpai ini  menarik untuk di kongsi bersama bagi "melihat"teknologi yg digunakan pada masa itu.
      Ramai pakar2 meramalkan dengan peningkatan teknologi dalam pembuatan syiling,semakin lama semakin sukar dijumpai syiling2 rotated die error.
      Hasil pemburuan selama 3 tahun dari entah berapa puluh (atau ratus) ribu keping syiling,akhirnya depankanta dapat susunkan beberapa keping syiling 1 sen ini mengikut perkembangan rotation error yg terjadi.
     Syiling 1 sen 2005 menjadi fokus pencarian depankanta kerana mengikut pendapat depankanta pada tahun  berkenaan banyak syiling2 1 sen error yg terlepas kedalam edaran.
                    Susunan mengikut darjah rotated error dari kiri bawah ke kanan.Bermula dari 10 darjah hingga 135 darjah.Ditengah2 adalah syiling normal dgn 0 darjah..Kesemua syiling ini adalah terpusing imejnya kekiri iaitu mengikut pusingan jam (CW)..
                    Depankanta masih memburu syiling 180 darjah bagi melengkapkan pusingan rotated die errors bagi syiling 1 sen 2005 ini.
Kiraan darjah mungkin "lari" sedikit kerana proses mengatur syiling2 ini untuk diambil fotonya agak sukar.Sekiranya berkesempatan mungkin syiling2 ini akan dipamirkan dimana2 untuk memberi peluang pada peminat2 syiling error melihat sendiri perubahan pusingan darjah dari sekeping ke sekeping syiling2 ini.

Mengikut kiraan biasa antarabangsa,dua kaedah kiraan yg digunakan iaitu:
                   Rajah 1: kiraan 360 darjah             Rajah 2: kiraan 180 darjah
   Sebagai contoh: sekeping syiling rotated die 270 darjah dalam kiraan dirajah 1 tapi ianya adalah CCW 90 darjah dalam kiraan rajah 2.

Perbincangan antarabangsa untuk topik ini dapat diikuti dalam:
http://www.coincommunity.com/forum/topic.asp?TOPIC_ID=70248

GONG XI FA CHAI

DEPANKANTA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI YANG MERAYAKAN PERAYAAN INI,KHUSUSNYA UNTUK MR DICKSON NIEW & WHYCOLLECT."GONG XI FA CHAI"

Jumaat, 20 Januari 2012

MNFAJ DAN DOUBLED DIE

Setiap orang ada kelebihannya masing2.Pengkhususan didalam sesuatu bidang mengikut keistimewaan dan kelebihan yang ada akan membawa kepada kepakaran dalam bidang berkenaan.Pemerhatian depankanta mula tertumpu pada blogger mnfaj bila melihat kebolehannya menjelas dan mengkelaskan syiling2 variti doubled die tulin yang agak teknikal dan luas bidang perbincangannya.
         Walaupun masih menuntut di UTM Skudai,namun minat dan penglibatan mnfaj dalam dunia Numismatik sentiasa meletakkan dirinya dibarisan hadapan bersama ahli2 Numismatik Malaysia yg aktif dalam blog.Penglibatan beliau dapat dikongsi bukan hanya sekadar tertumpu pada blog beliau tetapi juga blog2 yg diaktifkan oleh beliau semata2 untuk mendedahkan dan berkongsi bidang Numismatik.
      Seringkali bila terbaca penjelasan mnfaj berkaitan syiling variti doubled die,depankanta meletakkan beliau sebaris dengan pakar syiling error nucoins dan Mr Dickson.Dengan usia yg masih muda dan pergaulan dgn pakar2 numis yg begitu luas,mnfaj telah berada dalam landasan yg akan membawa kepada kepakaran dibidang numismatik dimasa akan datang bagi menggantikan pakar2 yang sedia ada.
     Meskipun dilihat kategori doubled die menjadi kegemaran dan kepakaran beliau,kategori errors yang lain juga mendapat ulasan yg baik untuk dikongsi bersama beliau.
    Penulisan dalam B.I dalam blog beliau bukan penghalang bagi rakan2 blogger BM untuk bertukar komen.Mungkin mnfaj dan rakan2 blogger numis dapat mempelupuri dalam mencari terjemahan terbaik dan tepat istilah2 Numismatik dan kategori errors kedalam BM.
    Semoga ramai lagi lapisan muda akan menjejaki langkah mnfaj dalam memajukan Numismatik Malaysia dan dapat memertabatkan Numismatik kita ke persada antarabangsa.
                                                                    MNFAJ
      "SELAMAT MAJU JAYA DALAM BIDANG PELAJARAN DAN NUMISMATIK SDR MNFAJ"
Lawat terus ke blog mnfaj:http://mnfaj.blogspot.com/
                                        http://errorcoingallery.blogspot.com/view/classic

Selasa, 17 Januari 2012

DIE CLASH 5 SEN SIRI BUNGA RAYA

Untuk perkongsian bersama,dipamirkan syiling-syiling 5 sen siri bunga raya 1989-2011 yang dijumpai terdapat kesan die clash errors pada bahagia muka syiling
                              Die clash terjadi seawal pengeluaran pertama siri bunga raya 1989
                                1991
                               1995
                               1999
                              2000
                             2001
                            2002
                             2005
                              2006
                              2010
         Sehingga pengeluaran terakhir siri bunga raya 2011,masih dijumpai syiling yg terdapat kesan die clash.
  Bagi tahun-tahun yg belum terdapat disini,mungkin tidak terjadi die clash error atau depankanta belum menemuinya...