Jumaat, 27 Januari 2012

PARTIAL COLLAR

Syiling 1 sen yg tiada apa2 imej pada sisinya (plain edge) agak menyukarkan untuk dicari error dalam kategori partial collar,pemerhatian yang teliti perlu diberi pada setiap keping syiling bagi mencari error ini.
            Biasa dijumpai dalam blog pengumpul2 syiling error dipamirkan penemuan partial collar pada syiling 50 sen dan 20 sen,mungkin pada deno ini agak mudah diperolehi.
           Depankanta ingin berkongsi penemuan syiling 1 sen 2002 dengan kesan partial collar yg begitu ketara dan bagaimana fenomena ini terjadi telah diterangkan dalam post terdahulu.

                              Kesan partial collar yg ketara pada sisi syiling 1 sen 2002
                           


                         Pada permukaan syiling tiada kesan error..
     
                  

4 ulasan:

  1. Kali pertama jumpa dengan partial collar strike errors atas syiling satu sen,menarik betul!Stabas!

    BalasPadam
  2. Partial collar strike masih boleh dibahagikan kepada 3 jenis:

    Tilted partial merujuk kepada jenis dimana partial collar bercondong sedikit.
    Flanged partial collar strike kelihatan seperti 'railroad rim' (rim roda keretapi) dimana sebahagian collar menonjol disebilah.
    Diantara kedua2 ini, Flanged partial collar adalah lebih unik.
    Yang unik sekali adalah reverse flanged partial collar strike dimana bahagian yang sepatutnya menonjol berlaku dibahagian yang terbalik. keadaan reverse flanged ini bergantung kepada keunikan penempaan syiling negara masing-masing dimana kedudukan die anvil atau hammer mungkin berlainan.

    BalasPadam
  3. Hi Mr Dickson,
    Memang la Mr Dickson sukar jumpa error begini kerana asyik tumpu pada syiling2 besar..haha
    Sebenarnya ada lagi sekeping dua dijumpai partial collar error pada syiling 1 sen,untuk mencarinya agak menyakitkan mata dan kalau dah syiling2 dimasukkan dalam bekas syiling(coin holder)memang sukar dilihat error ini.
    Secara kebetulan terjumpa sekeping syiling diatas jadi boleh la kita kongsi pengetahuan bersama..
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson..

    BalasPadam
  4. Salam dan Terima kasih banyak2 Nu,
    Komen dari Nu ini lebih merupakan maklumat tentang partial collar.Nanti akan dikhaskan post untuk menjelaskan tentang jenis-jenis partial collar sebagaimana yg Nu terangkan ini,semoga Nu sudi memperincikan lagi untuk penjelasan pada semua pengumpul syiling error..
    Depankanta akan cuba dapatkan lagi beberapa spesimen error ini untuk dipamirkan nanti...
    Terima kasih banyak2 Nu..

    BalasPadam