Isnin, 31 Disember 2012

CAKAP-CAKAP SYILING ERROR SEPANJANG 2012

SYILING ERROR 2012


   Syiling error menjadi tumpuan pengumpul numismatik khasnya dari golongan muda dan juga dari pengumpul barang-barang klasik yg telah memperbagaikan koleksi mereka dengan menceburi bidang syiling error.Penglibatan secara aktif oleh ahli-ahli numismatik dilihat memberi sumbangan utama dalam menggalakkan perkembangan syiling error dan ini akan melengkapkan lagi sains numismatik Malaysia.      Perkembangan yang menarik ini dapat dilihat dengan bertambahnya jumlah blogger numismatik dan juga rancaknya perkongsian dan perbincangan dalam facebook.Dari kalangan masyarakat biasa pula mereka mula berjinak-jinak dan mula menjengah ke laman-laman syiling error yang ada dalam internet,minat orang ramai terhadap syiling error ini lebih ketara bila banyak berita dan dokumentasi syiling error diterbitkan oleh akhbar-akhbar tempatan sepanjang 2012.  


      Syiling-syiling dalam kategori error yang boleh dijumpai dalam edaran spt rotated die,die clash,die crack dll telah menjadi bahan perbincangan yang  lebih terperinci berkaitan ciri-ciri berbagai kategori error.Walaupun dengan rujukan yang terhad,perbincangan syiling error sepanjang 2012 dilihat semakin hari semakin mantap. Penemuan beberapa error yg sebelum ini tidak kelihatan juga dapat dilihat.Perkongsian sebegini akan menjadikan bidang syiling error terus meningkat maju dari tahun ketahun....  


     

VARIETI  & VARIETI DOUBLED DIES 



       Pada tahun 2012,tumpuan peminat syiling error dilihat lebih menjurus kepada varieti Doubled Die yang juga menjadi koleksi tumpuan utama bagi pengumpul diperingkat antarabangsa khususnya di US.Penumpuan kepada kategori ini oleh pengumpul-pengumpul baru yang terdiri dari golongan muda telah meningkatkan penemuan berbagai varieti doubled die pada tahun 2012 yang belum pernah dijumpai sebelum ini,disamping pencerahan tentang klas dalam varieti ini dapat dianalisis dengan lebih tepat dan mantap.

      Selain varieti doubled dies,pada tahun 2012 menjadi tahun penemuan berbagai varieti die yg menjadikan koleksi syiling-syiling Malaysia lebih lengkap.Hampir kesemua denominasi syiling siri bunga raya telah dipamirkan penemuan die varieti dan beberapa deno dari siri Parlimen.Cabaran seterusnya kepada penggemar die varieti adalah untuk melengkapkan lagi penemuan ini terutamanya bagi siri Parlimen.

                          

CATATAN  NUMISMATIK MALAYSIA

       Sepanjang tahun 2012 juga banyak semakan semula dibuat oleh pengumpul-pengumpul keatas beberapa penerbitan katalog dan perkongsian ini telah menghasilkan penjelasan keatas kemuskilan tentang pengeluaran dan kategori sebenar syiling-syiling keluaran kilang Malaysia.

     Antara yang dibuat pencerahan tentang fakta syiling Malaysia ialah pengeluaran syiling 50 sen 2006 yang disenaraikan dalam beberapa katalog,setelah sekian lama kemuskilan dikalangan pengumpul timbul akhirnya muncul pencerahan dari pakar-pakar bahawa syiling yang ditempa pada tahun 2006 adalah jumlah yang ditempa oleh kilang syiling dan tahun tempaan yang tertera pada syiling berkenaan adalah 2005.


    Selain maklumat itu beberapa perkara masih ada yang perlukan pencerahan seperti syiling-syiling yang dikategorikan sebagai "extra dot" iaitu 5 sen 1982,50 sen 1979 dan 1988,adakah syiling-syiling ini sebenarnya adalah dalam kategori varieti die atau syiling error.Persoalan ini timbul kerana syiling "extra dot"tersebut dikaitkan dgn die gouge error..



SYILING MISTIK



       Syiling-syiling mistik dan wang kertas yang diluar perbincangan numismatik seperti syiling yasin dan wang sa-puloh ringit watermark agong adalah sebenarnya barangan atau alat yg digunakan atau berkaitan dengan alam mistik. Orang ramai dilihat  sangat berminat untuk mendapat maklumat tentang barangan ini terutama syiling Yasin. Walaupun syiling Yasin tidak pernah termasuk dalam perbincangan numismatik namun bagi membantu orang ramai supaya tidak timbul kekeliruan,sewajarnya ahli-ahli numismatik muncul untuk memberi penjelasan. Tahun 2012 mungkin tahun pendedahan tentang syiling ini dan maklumat selanjutnya akan dapat  diperincikan menjelang tahun baru nanti....



SYILING BURUAN


      Masyarakat awam yang melawat blog-bloq numis terdiri dari bukan golongan numismatis, mereka cenderung untuk melihat syiling-syiling yang mendapat premium yang tinggi,keadaan ini merupakan permulaan bagi mencetuskan minat orang ramai untuk memberi perhatian kepada pengumpulan syiling seterusnya mendekatkan mereka dengan syiling error.

             Kesedaran orang ramai tentang syiling-syiling buruan Pengumpul telah membabitkan orang ramai dalam bidang numismatik dan pada akhirnya akan meningkatkan jumlah mereka yang terlibat dgn hobi ini.Kerja-kerja menyelongkar syiling-syiling buruan Pengumpul telah menemukan pula orang ramai dengan syiling-syiling ganjil atau luar biasa yang akan melibatkan mereka kedalam syiling error.



JUALAN DAN PREMIUM SYILING ERROR 2012


         Menjelang selepas pertengahan tahun 2012,merupakan garis yang memperlihatkan meningkatnya jualan syiling error Malaysia dan bila permintaan semakin meningkat premium syiling error secara automatis menjadi semakin tinggi.Jualan antara pengumpul dalam laman facebook berjalan dengan rancak antara sesama pengumpul.Situasi dan kaedah ini dilihat adalah terbaik bagi Pengumpul untuk memperbagaikan koleksi syiling error mereka.

       Kecenderungan pengumpul untuk memiliki berbagai kategori syiling error Malaysia telah melonjakkan premium dan pada tahun 2012 dilihat harga-harga tawaran adalah lebih tinggi dari tahun-tahun sebelum,dari beberapa RM bagi sekeping syiling error,ianya boleh mencecah hingga kepada beberapa ribu RM.Nilai yg semakin meningkat dari tahun ketahun juga akan memberi lebih keyakinan kepada mereka yang berminat untuk memulakan pelaburan syiling error Malaysia.



SYILING PALSU DAN SYILING ERROR PALSU


         Sepanjang tahun 2012,bila syiling error semakin mendapat tempat dikalangan dari orang ramai.Perhatian juga diberi kepada kewujudan syiling palsu terutama syiling 50 sen siri bunga raya dan persaingan untuk mengumpul susunan mengikut tahun telah meningkatkan harga syiling-syiling palsu.  Selain syiling palsu,ramai pengumpul syiling error yang baru berkecimpung dibidang ini menghadapi cabaran oleh wujudnya syiling-syiling error palsu yang sebenarnya dapat dibuat pengecaman oleh pakar-pakar syiling error .Kita bernasib baik kerana kesudian pakar-pakar dan otai-otai yang sring memberi peringatan dan panduan bagi mengenali syiling-syiling error palsu ini.



BUKU RUJUKAN SYILING ERROR MALAYSIA


           Persoalan utama yang menjadi tajuk perbincangan dikalangan orang ramai ialah tentang bagaimana untuk mengenali syiling error tanpa satu rujukan yang tepat. Mungkin faktor ini telah menyebabkan peminat-peminat syiling error yang baru berkecimpung dilapangan ini telah kecewa lantaran tiada rujukan yang dapat membantu mereka. Meskipun dilihat tahun 2012 telah berjaya melahirkan ramai blogger yg mengkhususkan syiling error namun kemahiran bagi menulis artikel yang tepat dan mengikut standard sebenar masih belum dicapai.

          Bagi tujuan untuk menggalakan penyertaan orang ramai dan bertujuan mendedahkan bidang syiling error kepada orang ramai,sewajarnya ada pakar-pakar yang tampil secara individu atau kumpulan bagi mejayakan misi penerbitan buku syiling error ini sekurangnya secara ringkas dengan versi permulaan.




ISTILAH BAHASA MALAYSIA BAGI SYILING ERROR

          Bila berkembangnya bidang syiling error di Malaysia,telah menarik minat berbagai golongan masyarakat Pengumpul dan orang ramai. Bagi menerangkan keperbagaian dalam ketegori dan sub-kategori syiling error beberapa usaha terjemahan telah dibuat dan usaha ini didapati melalui jalan yang sukar kerana bidang ini adalah terlalu khusus dan sebarang kesilapan dalam terjemahan akan melarikan makna yang asal.


      "Syiling error" umpamanya,apakah terjemahan yang terbaik untuknya?.."error",biasa dijumpai diterjemahkan kepada "ralat "namun pengunaan bahasanya lebih kepada kata kerja  yang menyebabkan bila disebut "syiling ralat"(kata nama) kedengarannya agak janggal.Ramai yang mengambil keputusan untuk mengekalkan istilah mengikut yang asal dan mana-mana yang manasabah diterjemahkan,terus diterjemahkan.Mungkin dengan meningkatnya peminat syiling error suatu hari nanti tentu akan menemukan dengan pakar bahasa yang dapat terjemahkan istilah-istilah syiling error dengan lebih tepat dan diterima semua.




SYILING MALAYSIA SIRI KETIGA

        
           Tahun 2012 merupakan tahun numismatik Malaysia,setelah lebih 20 tahun syiling siri kedua Malaysia (1989-2011) dikeluarkan untuk kegunaan orang ramai pada tahun 2012 BNM telah mula mengedarkan syiling baru siri ketiga. Kini pengguna di Malaysia dapat menikmati penggunaan ketiga-tiga siri syiling Malaysia serentak dalam dalam satu masa dan dijangkakan pada tahun 2013 pihak BNM akan mengeluarkan notis tentang penarikan siri 1 atau bersama siri 2 dari edaran.

         Pada awal peredaran syiling ketiga ini telah menimbul berbagai persoalan bila terdapat pandangan yang mengaitkan syiling denominasi 10 sen dengan bendera Israel. Setelah semakin lama syiling-syiling ini berada dalam edaran tidak lagi kedengaran pandangan seperti itu. Bagi peminat syiling error,mereka mempunyai pandangan yang berlainan pula iaitu banyaknya wujud syiling error yang terjadi pada syiling baru Malaysia, pengumpul-pengumpul syiling error akan gembira bila menemui beberapa keping syiling error tapi bila teralu banyak dijumpai akan mengurangkan rarity.Dari sini timbul persoalan bagi syiling siri ketiga Malaysia ini, adakah standard kualiti digunakan untuk syiling siri ketiga Malaysia atau hanya sekadar mencukupkan jumlah pengeluarannya sahaja?.....

     TIADA UCAPAN SELAMAT TINGGAL UNTUK 2012,WALAU PUN DETIK SUDAH TIBA UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2013 UNTUK SEMUA PELAWAT YANG TIDAK PERNAH JEMU BERKUNJUNG DAN MEMBERI KOMEN KEPADA BLOG DEPANKANTA.......TERIMA KASIH SEMUA