Selasa, 12 Mac 2013

PMD DI KILANG SYILING

            Sesiapa yang berpengalaman membelek syiling-syiling untuk mencari syiling error atau sebab lain tentu pernah menemui berbagai keadaan syiling dengan berbagai ragam pada permukaannya. Salah satu penemuan depankanta yang ingin dikongsi disini ialah syiling-syiling dengan keadaan permukaan tercalar yang serius tetapi terdapat beberapa ciri-ciri yang menimbulkan persoalan bagaimana ianya terjadi!.....

               Permukaan syiling 10 sen ini hampir hilang imej tikar dan congkak oleh kesan calar yang banyak

          Syiling 50 sen juga biasa dijumpai dengan kesan calar begini......


Kesan keatas syiling 20 sen lebih biasanya lebih jelas menampakkan garis-garis calar yang halus dan dalam..

                 Terdapat juga kesan seperti ini terjadi pada kedua permukaan syiling......


              Ciri-ciri calar yang sama juga dijumpai terjadi pada syiling Thailand....


          Walaupun secara mudahnya kita boleh merumuskan syiling berkenaan sebagai Post Mint Damage (PMD) tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian seperti ianya tidak menjejaskan bahagian rim dan sisi syiling, kesan calar yang ketara tetapi tidak meninggalkan kesan bertebing...

         Melihat pada ciri-ciri yang ada depankanta berpendapat syiling-syiling ini bermasalah ketika berada dalam mesin mengira syiling semasa ianya masih berada didalam kilang syiling..Bila ianya terjadi pada peringkat kilang, proses agihannya akan menyebabkan syiling-syiling begini akan dijumpai diseluruh negara..

        Selepas syiling siap ditempa, ianya akan dikira oleh mesin mengira syiling yang tentunya lebih besar dan melibatkan banyak komponen didalamnya berbanding mesin mengira syiling yang digunakan di Bank biasanya lebih kecil dan tidak memberi kesan pada permukaan syiling. Syiling-syiling siap ditempa  dan dimasukkan kedalam mesin mengira adalah dalam jumlah yg banyak dan kiraan dibuat dgn pantas menyebabkan terjadi beberapa keping yang cacat seperti ini, PMD ini terjadi ketika syiling ini masih dalam premis kilang......


                Berlainan pula dengan syiling-syiling PMD 20 sen siri bunga raya ini yang jelas menampakkan ciri-ciri hasil kerja tangan yang kreatif yang juga dapat dijumpai berada diseluruh negara, mungkinkah ada satu entiti yang mengusahakan syiling-syiling begini untuk kegunaan tertentu?......