Khamis, 2 Februari 2012

CHIP PUNK

Siri Parlimen agak jarang dijumpai terjadi error berbanding dgn siri Bunga raya,syiling Moden Malaysia yg pertama ini juga merupakan syiling2 pertama yg dibuat di Malaysia.Mungkin perpindahan teknologi semasa mula2 kilang syiling Malaysia dibuat secara berhati2 dan dibawah seliaan yg ketat.

      Perpindahan kilang2 syiling Malaysia dari luar negara ke Malaysia dibuat secara berperingkat iaitu  tidak semua denominasi dipindahkan dan dibuat di Malaysia secara serentak. Pengawalan kualiti syiling masih dipantau oleh kilang asal dan keadaan ini mengakibatkan kurang syiling2 error dijumpai pada siri Parlimen yg dibuat di Malaysia. Die chip merupakan error yg sangat popular pada siri bunga raya tapi agak sukar dijumpai pada siri Parlimen terutama pada denominasi yg besar.Sekeping syiling 20 sen 1988 dijumpai agak istimewa keadaan die chip yg dijumpai.

                              Kesan MDD kelihatan pada huruf "Malaysia" dan kesan die chip error yg menyerupai fesyen rambut ala "punk" pada angka "2"