Selasa, 1 Mei 2012

MDD UNIK

        Mechanical Die Doubling (MDD) juga dikenali dgn istilah shift doubling.Bagi depankanta istilah shift doubling lebih menceritakan bagaimana fenomena imej berganda ini terjadi.Walaupun syiling MDD tidak dikategorikan sebagai error coins tetapi beberapa syiling yg kelihatan ketara imej yg berganda telah mendapat premium yg agak lumayan.
         Bahagian muka Syiling 10 sen siri bunga raya biasanya MDD dikesan terjadi pada penghujung sebelah bawah tikar.Pergerakan pada die telah mengakibatkan wujudnya satu lagi imej yg sama,biasanya hanya melibatkan sebahagian imej.
        Penemuan sekeping syiling 10 sen 1999 ini agak unik dimana imej kedua yg terbentuk tidak selari dgn imej utama dan ianya kelihatan berlekuk2 seolah2 die chip yg terjadi.
                           Perhatikan imej kedua (panah kuning) menunjukkan tidak selari dgn imej utama.Sukar untuk mencari sebab apa keadaan ini terjadi adakah ianya die chip atau MDD biasa yg terjadi bersama die deterioration.

         Biasanya kerosakan yg disebabkan pergerakan die akan melibatkan sebahagian imej.Pergerakan hanya terjadi pada die bawah yg menempa bahagian muka syiling....

            ....Bahagian belakang syiling 1999 yg ditempa oleh die atas tidak terjejas kerana planchet dipegang kuat oleh collar die semasa proses penempaan.

                 Syiling MDD biasa yg kelihatan selari antara imej utama dan imej kedua....

           MDD dgn kesan die chip begini sangat unik dan jarang dijumpai pada syiling Malaysia