Ahad, 18 November 2012

SYILING PARLIMEN 1985 PALSU

             Kehadiran syiling2 palsu dalam edaran duit syiling Malaysia mula menjadi perbincangan selepas tahun 2000,pada tahun sebelumnya orang ramai belum perasan wujudnya syiling2 palsu meskipun pada realitinya syiling2 palsu ini telah wujud sejak siri Parlimen.

           Denominasi 50 sen dipilih untuk dibuat syiling palsu kerana nilai mukanya dikira berbaloi dgn kos pembuatan syiling2 ini.Syiling siri bunga raya dijumpai tertera berbagai tahun tempaan pada permukaan syiling yang pada realiti ianya adalah tidak menggambarkan tahun sebenar syiling palsu itu ditempa.

            Tidak sebagaimana siri Bunga raya,siri Parlimen hanya dijumpai syiling palsu yg tertera tahun 1985,ini bererti syiling palsu mula dibuat pada atau selepas tahun 1985.Kehadiran syiling palsu siri Parlimen ini tidak menjadi isu masyarakat pada awal keluarannya kerana tidak banyak dikeluarkan dan orang ramai belum terdedah dgn dunia numismatik.

                      Bahagian muka syiling 50 sen 1985 palsu.....

                     Bahagian belakang syiling 50 sen 1985 palsu....

              Perbandingan dgn syiling 1985 tulin....


                 Beberapa tempat yg perlu diteliti utk membezakan syiling palsu 1985...
                       Bulan dan bintang syiling tulin...
              Bulan dan bintang syiling palsu...
 
                   Bertanda merah adalah tempat yg ketara perbezaannya.....
 


                  Selain tanda2 diatas,terdapat juga kesan bintik2 logam yg timbul pada tengah2 syiling....
Perkongsian syiling palsu ini boleh juga dilayari dalam blog nucoins:
http://nucoinsandnotes.blogspot.com/2010/10/msia-contemporary-fake-50-sen-1985.html