Jumaat, 6 April 2012

LATHE LINES SYILING MALAYSIA

Lathe lines merupakan kesan dari garis-garis dipermukaan die yg tertinggal selepas proses melicinkan permukaan die oleh mesin lathe,proses ini adalah untuk menyiapkan working die.Mesin lathe adalah berperanan untuk melicinkan permukaan die sebelum imej dipindahkan keatas permukaan itu.
            Bila melihat kesan lathe lines pada syiling Malaysia mengingatkan depankanta pada permukaan buah karom yg diperbuat dari kayu yg juga terdapat garis2 halus pada permukaannya dan ini adalah juga  hasil yg diproses oleh lathe machine yg jenis untuk kayu.

             Yang membezakan antara garis2 lathe lines dan kesan repaired die adalah garis lathe lines berada bawah imej pada syiling dan garis repaired die juga akan menjejaskan permukaan imej kerana kerja membaiki/membersih die dilakukan dalam keadaan imej sudah sedia ada pada permukaan die.

            Setelah beberapa siri berkaitan lathe lines dipamirkan bagi syiling Malaysia,depankanta dapat merumuskan ketiga2 siri syiling moden Malaysia menggunakan mesin lathe bagi penyediaan die dan kesemua yg dipamirkan adalah akibat kerja2 melicinkan permukaan die tidak dibuat dgn sempurna sehingga masih menampakkan garis2 yg sepatutnya menjadi licin sepenuhnya.

            Bahagian belakang syiling 20 sen 1982 (siri Parlimen)

                 Bahagian belakang syiling 5 sen 2010 (siri Bunga raya)

                    Bahagian muka syiling 50 sen 1988 (siri Parlimen)

              Bahagian muka syiling 5 sen 1973 (siri Parlimen)

              Bahagian muka syiling 20 sen 1982 (siri Parlimen)

                     Bahagian muka syiling 20 sen 2007 (siri Bunga raya)
                  Bahagian muka syiling 5 sen 2012 (s3M)
          Kesemua kesan lathe lines pada syiling2 diatas jelas berada dibawah imej....

         Contoh Lathe Machine yg digunakan dalam berbagai industri pembuatan moden

         Mungkin proses seperti ini yg dilalui untuk melicinkan permukaan die.