Isnin, 8 Ogos 2011

DIE ROTATION ERROR 1 SEN 1999,2002 & 2005

Dalam keadaan biasa, kedua die atas (hammer die)dan die bawah(anvil die) dilaraskan supaya kedudukan imej pada syiling adalah selari antara kedua bahagian muka(obv) dan belakang(rev).Namun kadang2 terjadi juga kesilapan yang menyebabkan imej kedua permukaan syiling berada dalam keadaan yang tidak sepatutnya.Keadaan ini dikategorikan sebagai die rotation error....
                                           Dua keping syiling terletak diatas,1 sen 2007 dan 1 sen 2006 adalah syiling biasa sementara dua keping di bawah tahun 1999 dan 2002 adalah syiling die rotation errors.Pandangan bahagian belakang syiling. 
                                     Bila keempat syiling berkenaan di pusing pada paksi tegak,dua syiling bahagian atas juga akan tegak,tapi syiling 1999 dan 2002,kedudukan rebananya didapati condong dan terpesong dari garis tegak.


                          Keadaan yang sama turut dijumpai pada dua keping syiling 1 sen 2005....