Khamis, 21 Julai 2011

LATHE LINES & CLIPPED RIM ERRORS 5 SEN 1973

Muncul sekali lagi syiling dengan garis  lingkaran pada planchetnya tapi tidak begitu ketara concentric circlesnya.Depankanta anggap syiling ini begitu istimewa kerana ianya terjadi pada siri Parlimen.Apa yg menyebabkan terjadi begini mungkin sama dengan syiling 5 sen 2010 sebagaimana yg telah dijelaskan oleh nucoins dlm posts yg lalu.
      Tambah istimewa lagi syiling ini bila ada pula kesan clipped rim pada bahagian tepinya menyebabkan rimnya kelihatan terputus.Kedua-dua errors ini terjadi pada bahagian muka (obverse)syiling.


        Bahagian belakang syiling 5 sen 1973,keadaan syiling agak cantik (tak berani pulak letakkan grednya)


               Bahagian muka syiling,walaupun agak kabur tapi garis2 lingkaran masih boleh dilihat.
 
                Berbagai sudut syiling ini cuba dipamirkan untuk memudahkan perkongsian...






         Clipped rim kelihatan pada kiri bangunan Parlimen...
               

 Sudut tepi bahagian yg rim error...syiling ori boleh berdiri tegak sendiri jika diletak dgn betul walau senipis syiling 5 sen......
















FILLED DIE ERRORS 50 SEN 2005

Sekeping syiling 50 sen 2005 yang ketara filled die errors menghasilkan bahagian tertentu hilang imejnya pada syiling.


Bahagian muka syiling 50 sen 2005


                          Mungkin ada sesuatu yang tersumbat dibahagian imej negative tangkai stigma bunga raya pada die,menyebabkan bila die tersebut menempa syiling. Bahagian yang tersumbat tadi tidak wujud imej pada syiling.
                            Bahagian belakang syiling 50 sen 2005
       Tangkai bunga raya hampir terputus terus kerana tiada ruang pada die (kerana tersumbat sesuatu) untuk ia terbentuk