Musim bah (banjir) menjadi musim yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak, sementara musim ini menjadi kerisauan pula kepada ibu-bapa.Dua generasi ini melihat air bah yg datang dari sudut mereka masing-masing..Bagi masyarakat Pantai Timur Semenanjung khususnya di Kelantan yang telah lama terbiasa dan bersedia dengan kedatangan musim bah.Setiap penghujung tahun persiapan dibuat bagi menghadapi musim ini.(Dalam loghat Kelantan musim bah disebut "puye (musim) boh")....
Tahun 2012 nampaknya tidak membawa hujan lebat yang berterusan hingga mendatangkan bah besar disini, pada minggu kedua terakhir Disember ini baru seluruh Kelantan menerima hujan yang lebat itu pun hanya untuk beberapa hari sahaja dan beberapa tempat telah banjir dan mula merasai kehadiran musim tengkujuh. Fenomena alam telah bertukar,kalau dulu-dulu air bah hanya dirasai oleh penduduk sekitar Pantai Timur sahaja tapi dalam alaf lapisan ozone baru,air banjir dapat dirasai oleh hampir semua negeri dari Johor di Selatan hingga ke Kedah di Utara...Begitulah fitrah alam yang diatur oleh Allah SWT Tuhan Yg Maha Esa....
Bermula hanya dari beberapa titisan hujan........
Bila tiba musim bah,langit gelap dipenuhi awan hujan,dan dibumi air memenuhi setiap ruang yang lembah....
Jalanraya bertukar menjadi sungai.........
Antara kampung dan kampung sebelah,terputus hubungan......
Kanak-kanak yang sedang bercuti sekolah mula memanfaatkan musim bah dgn berbagai aktiviti air semahunya....
Antara generasi 2012 dan generasi musim bah 1967,mereka masih dihubung oleh dua perkara yg sama bila berada dalam suasana musim bah begini....iaitu:
Secawan kopi o panas.................dan,
Sepinggan ubi kayu rebus...................Hidangan yang semestinya dimusim bah,dimakan beramai-ramai dalam kesejukan angin dan tempias musim tengkujuh....
Selamat bercuti hujung minggu.....awasi anak-anak dan kanak-kanak dimusim banjir....

Bandar Kota Bharu petang 27 Dis 2012...Tenang menghadapi musim tengkujuh.............
Khas untuk pelawat yang berasal atau pernah tinggal di Pasir Mas,dipamirkan foto kenangan musim bah besar tahun 1967 di bandar Pasir.Mas......(ehsan senibudi foto studio P.Mas)
Perahu ini datang dari kg Pohon Chelagi menuju stesen keratapi...Kedai Soon Aik masih wujud sekarang...Foto diambil dari kedai senibudi foto studio berhampiran kedai capati Abdullah Restoran.....
Hadapan panggung wayang Rex,..Tentu ramai orang lama bandar Pasir.Mas tersentuh dgn foto ini,terutama peminat filem hindustan dan cowboy...