Khamis, 27 Disember 2012

MUSIM BAH TIBA LAGI.....

      Musim bah (banjir)  menjadi musim yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak, sementara musim ini menjadi kerisauan pula kepada ibu-bapa.Dua generasi ini melihat air bah yg datang dari sudut mereka masing-masing..Bagi masyarakat Pantai Timur Semenanjung khususnya di Kelantan yang telah lama terbiasa dan bersedia dengan kedatangan musim bah.Setiap penghujung tahun persiapan dibuat bagi menghadapi musim ini.(Dalam loghat Kelantan musim bah disebut "puye (musim) boh")....

       Tahun 2012 nampaknya tidak membawa hujan lebat yang berterusan hingga mendatangkan bah besar disini, pada minggu kedua terakhir Disember ini baru seluruh Kelantan menerima hujan yang lebat itu pun hanya untuk beberapa hari sahaja dan beberapa tempat telah banjir dan mula merasai kehadiran musim tengkujuh. Fenomena alam telah bertukar,kalau dulu-dulu air bah hanya dirasai oleh penduduk sekitar Pantai Timur sahaja tapi dalam alaf lapisan ozone baru,air banjir dapat dirasai oleh hampir semua negeri dari Johor di Selatan hingga ke Kedah di Utara...Begitulah fitrah alam yang diatur oleh Allah SWT Tuhan Yg Maha Esa....

              Bermula hanya dari beberapa titisan hujan........

          Bila tiba musim bah,langit gelap dipenuhi awan hujan,dan dibumi air memenuhi setiap ruang yang lembah....

                   Jalanraya bertukar menjadi sungai.........

                 Antara kampung dan kampung sebelah,terputus hubungan......

              Kanak-kanak yang sedang bercuti sekolah mula memanfaatkan musim bah dgn berbagai aktiviti air semahunya....

Bandar Kota Bharu petang 27 Dis 2012...Tenang menghadapi musim tengkujuh.............


Khas untuk pelawat yang berasal atau pernah tinggal di Pasir Mas,dipamirkan foto kenangan musim bah besar tahun 1967 di bandar Pasir.Mas......(ehsan senibudi foto studio P.Mas)


Perahu ini datang dari kg Pohon Chelagi menuju stesen keratapi...Kedai Soon Aik masih wujud sekarang...Foto diambil dari kedai senibudi foto studio berhampiran kedai capati Abdullah Restoran.....

        Hadapan panggung wayang Rex,..Tentu ramai orang lama bandar Pasir.Mas tersentuh dgn foto ini,terutama peminat filem hindustan dan cowboy...

           Antara generasi 2012 dan generasi musim  bah 1967,mereka masih dihubung oleh dua perkara yg sama bila berada dalam suasana musim bah begini....iaitu:

                          Secawan kopi o panas.................dan,

           Sepinggan ubi kayu rebus...................Hidangan yang semestinya dimusim bah,dimakan beramai-ramai dalam kesejukan angin dan tempias musim tengkujuh....


        Selamat bercuti hujung minggu.....awasi anak-anak dan kanak-kanak dimusim banjir....

2 ulasan:

  1. Salam depankanta,
    ya betul tu, musim bah tiba lagi. Negeri Kelantan saya rasa adalah negeri yang paling terkenal disebabkan bah - mungkin kerana kedudukannya yang terletak di pantai timur semenanjung dan juga lembahnya yang rendah dan subur dipenuhi bendang sawah, mudah sekali untuk banjir.

    Saya ketika kecil pernah terperangkap di dalam air banjir di pekan Pasir Putih. Kebetulan pada musim hari raya saya ke rumah pakcik saya dan pada ketika itu air mula naik. Akibat rimas tiada berus gigi dan lain lain dan tidak sabar menunggu air surut, saya bersama adik adik, kakak dan mak (ayah saya tidak terlibat, kalau beliau tahu pasti mengamuk, hehe) ambil keputusan berjalan kaki dari rumah pakcik ke rumah nenek saya. Sepanjang perjalanan kami meredah air banjir lebih kurang paras betis. Ingat lagi hampir 200m sahaja untuk sampai ke rumah nenek saya, ada satu "pintasan" air banjir yang deras daripada bendang ke bendang yang menjadi penghalang terakhir kami. Saya yang kononnya fikir gagah dan akal pendek cuba merentasi pintasan itu, tapi nampaknya arus deras itu terlampau laju. Baru saja melintasi pintasan itu, terus saya hanyut dibawa air bah, tapi mungkin Tuhan nak menyelamatkan saya, hanyutan saya itu menghalakan saya ke arah satu tiang elektrik. Lantas saya memeluk tiang elektrik itu dengan kuat sehingga ada beberapa orang datang menyelamatkan saya. Fikir kembali, jika saya tidak dapat memeluk tiang elektrik itu, mungkin saya menjadi korban dalam air bah itu.

    Ubi kayu rebus! ya itu juga yang menjadi hidangan kami ketika musim banjir dahulu di Kelantan. Entah mengapa kalau dimakan ketika banjir, sedapnya mengalahkan rendang daging ketika raya. Hehe

    Terima kasih kerana berkongsi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr mnfaj,
      Sungguh tragik kisah mnfaj melalui pengalaman mengharungi bah di Kelantan. Kini setelah semuanya berlalu menjadi kenangan ianya menjadi Pengalaman yg sangat berharga pula dan berbagai iktibar dapat kita ambil,antaranya ialah betapa pentingnya kita mengawasi anak2 dimusim banjir..

      Musim bah adalah musim yg penuh nostalgia pada setiap penduduk pantai timur,dalam kedinginan dan kelembapan udaranya membawa seribu kenangan yang mengimbau kembali zaman kanak-kanak yg seriang anak2 itik bila bertemu air...Ubikayu rebus dan kopi o panas menjadi hidangan mengalas perut yg mudah lapar bila terkurung oleh hujan yg lebat mencurah...depankanta juga banyak kenangan bermain rakit batang pisang bila musim bah begini...

      Terima kasih banyak sdr mnfaj kerana borkongsi pengalaman bah di Kelantan...

      Padam