Rabu, 8 Februari 2012

M3S YANG MENGECEWAKAN

Seorang kawan tiba-tiba menunjukkan tiga keping syiling 20 sen baru siri ke3,"aku dah dapat syiling baru"ujarnya sambil menghulurkan pada depankanta.Dgn menggunakan cermin mata biasa yg dipakai depankanta sudah dapat mengagak salah satu dari syiling berkenaan ada sesuatu yg tak kena,lalu terus minta izin untuk mendapatkannya...

       Sekembali ke rumah terus syiling berkenaan di letak di depan kanta.Ternyata sekeping syiling 20 sen ini terdapat berbagai error.Perkara pertama yg bermain pada fikiran ialah"nampaknya syiling Malaysia semakin mengecewakan".Apa lagi bila melihat posting dari Mr Dickson berkaitan syiling siri ke3 ini.

      Walaupun hanya beberapa error kecil yg dilihat terjadi pada syiling2 ini,ianya menggambarkan sampel dan permulaan kepada error yg lebih major dan banyak.Sebagai peminat/pemerhati syiling error,depankanta sepatutnya gembira kerana telah menemui error pada syiling siri ke3 tapi disudut sebenar dalam bidang syiling error ianya menggambarkan error sudah tidak dipedulikan lagi,secara automatis rarity pun akan hilang.

     Ratio penemuan syiling error siri ke3 oleh depankanta ialah 3:1atau 33.3 %,bila dibandingkan dgn penemuan Mr Dickson pada syiling 50 sen sebanyak 15.5%,angka ini adalah sangat besar untuk syiling2 mint errors.

     Apa pun ini semua adalah satu permulaan sahaja dan rumusan sebenar dan muktamad hanya boleh dibuat bila syiling2 siri ke3 ini beredar sepenuhnya pada orang ramai.

                          Syiling 20 sen 2012
Selain double rim,kesan die chip yg ketara.Biasanya penyakit die chip boleh merebak dan sekiranya tidak dikawal ianya akan terjadi seperti syiling2 1 sen 2004 dan 2005.
ciri-ciri off center mula kelihatan dan sekiranya dibiarkan,akan menghasilkan major off center dan mungkin banyak syiling2 begini akan dijumpai oleh pengumpul.
                           Die chip dikesan terjadi pada kedua permukaan syiling.



8 ulasan:

  1. Salam

    Terbaik mr. depankanta, kurang kemas hasil yg dikeluarkan. Makin lama tengok dan teliti...makin byk error yang kita jmp

    saya serah kepada yg lebih pakar untuk explain...:D iaitu mr. depankanta and mr. Dickson

    TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali mykoleksi,
      Sebagai otai dalam dunia numis mykoleksi juga berperanan untuk mengenengahkan syiling error sebagai bidang yg perlu diterokai oleh pengumpul2 terutamanya orang2 baru dan kita sama2 bergerak seiring dalam bidang ini

      Pemerhatian depankanta pada tiga siri syiling "made in Malaysia" memang menampakkan satu penurunan dalam kualiti dari satu siri ke satu siri..

      Apapun error2 yg dijumpai elok disimpan untuk rujukan dan kajian akan datang,mana tau pihak kilang ambil langkah drastik membetulkan mutu syiling dan kita tak berpeluang lagijumpa syiling2 error..haha

      Terima kasih banyak2 mykoleksi..Harap sudi pamirkan penemuan untuk perkongsian bersama...

      Padam
  2. Hi depankanta,
    Tidak mustahil satu hari nanti, pengumpul bukan lagi mencari syiling yang mempunyai kecacatan tetapi menumpukan kepada spesimen2 yang bergred tinggi, seperti mana yang sedang dilakukan golongan pengumpul mencari syiling bulion panda China yang bergred MS-70.
    Walau bagaiamanpun, setakat ini kami belum menemui spesimen yang mempunyai major error.
    Teruskan usaha, depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Kalau betul ramalan whycollect,nampaknya depankanta kena bertukar pada hobi lain pula..haha

      Kenyataan yg ada didepan mata kita sekarang ialah syiling2 siri bunga raya lebih banyak dijumpai terjadi mint errors berbanding dgn syiling2 siri Parlimen.Dan baru tak sampai sebulan syiling m3s diedarkan sudah ada tanda2 lambakan errors akan terjadi.Ini tentu tidak sebagaimana yg diharapkan oleh Kilang,BNM,Kerajaan dan kita sebagai Rakyat Malaysia.

      Dunia pengumpulan syiling error lebih seronok dan bermakna sekiranya kita ada sedikit elemen "memburu" iaitu yang dicari sukar dijumpai dan tak tau berada dimana!.Kalau setiap langkah boleh berjumpa bukan memburu namanya..haha

      Terima kasih banyak2 Whycollect..

      Padam
  3. Satu perjumpaan yang menarik! Pasti boleh jumpa lebih banyak error selepas M3S ini dipakai dan diedar secara meluas!

    Good luck depankanta!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Mr Dickson,
      Kita memang selalu mengharapkan penemuan syiling2 error terutama yg pelik2 dan istimewa tapi tidak terlalu banyak nanti rarity pun hilang..

      Syiling m3s error yg agak major,belum kelihatan lagi dipamirkan.Macam biasa kami berharap syiling2 ini akan dipamir oleh Mr Dickson atau whycollect nanti..

      Terima kasih banyak2 Mr Dickson

      Padam
  4. Sekadar Pendapat saya, syiling kali ini tidah seperti yang di GAH kan. ada yang mengatakan 'tidak ada perasaan memegangnya', entah lah mungkin sebab ianya baru. Apa pun perlu tunggu bagaimanakah kelasakkan material dan tempaan syiling ini dipasaran. Setakat ini rasanya ianya hanya sesuai diguna pakai dikedai dan pasaraya secara manual kerana saiznya. Jika disini kedai runcit dan makan mengasingkan duit baru kerana melambatkan proses jual beli jika bercampur syiling siri 1 & 2. Mungkin ianya perlu memakan masa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam dan terima kasih iaryylr,
      Sebagai pengumpul kita hanya pemerhati semua ini,pihak kilang dan BNM seharusnya mengambilkira komen dan sensitiviti orang ramai yg mula riuh sejak ianya dilancarkan 2011.

      Tepat sekali pendapat iaryylr,kelasakan syiling ini agak mengecewakan.Baru satu atau dua tangan yg menyentuh syiling2 ini dah hilang serinya!..

      Kita bersimpati dgn keluhan dari peniaga2 terutama yg berurusniaga melalui mesin syiling spt mesin air suling,mesin pencuci,mesin minuman dll. yg memohon diberi tempoh yg sesuai sebelum syiling2 lama dilupuskan.

      Apapun,sekiranya terjumpa/dicari syiling2 m3s yg berkeadaan BU/UNC elok disimpan rapi,mana tau mintagenya sikit dan sekiranya mintagenya banyak boleh la dibelanjakan akhir tahun nanti..

      Terima kasih banyak2 iaryylr...

      Padam