Premium bagi syiling error biasanya akan turut mengambil kira gred syiling berkenaan, bagi sesetengah error yang terjadi pada permukaan syiling akan dinilaikan berdasarkan penampilan keseluruhan keadaan syiling berkenaan. Die clash pada syiling 10 sen siri Parlimen agak mudah dijumpai dan tidak begitu dipedulikan oleh sebahagaian pengumpul, namun bila ianya dijumpai pada syiling yang bergred tinggi spt BU/UNC syiling-syiling begini akan tetap menjadi rebutan.
Selain faktor gred, usia dan kategori dan keadaan error yg jelas juga akan mempengaruhi premium syiling error. Mintage atau jumlah yang ditempa akan turut menyumbang kepada rarity syiling error, ini adalah kerana kebarangkalian untuk terjadi mint error pada syiling sedikit jumlah tempaannya adalah kecil.
Syiling 10 sen 1982 ini adalah spesimen yang boleh dijadikan perbincangan...Dengan gred yang tinggi syiling ini telah mendapat satu premium. Katakan: Dari nilai muka 10 sen sekarang nilai numismatik telah menjadi rm1, faktor usianya yang telah melebihi 30 tahun menjadikan nilainya bertambah menjadi rm2..
Bila dikesan ada ciri-ciri die clash pada syiling ini akan menambahkan lagi premiumnya menjadikannya rm4 dan keadaan die clash yang jelas akan menambahkan satu lagi premium menjadikannya rm5...Sekarang syiling 10 sen 1982 ini dari nilai muka 10sen telah meningkat menjadi premium syiling error kepada rm5..Bila syiling ini masuk kepasaran syiling error, harganya akan ditentukan oleh permintaan dan penawaran semasa dan persetujuan antara pembeli dan penjual adalah muktamadnya.
Bagi menentukan sesekeping syiling masih berkeadaan baik dan bergred tinggi, bahagian sisi penting diperhatikan kerana bahagian ini sukar "dipalsukan"...
Kedua permukaan syiling perlu di teliti bagi mencari kesan-kesan kerosakan atau error...
Nota ini adalah pendapat depankanta semata-mata berdasarkan sedikit pengalaman berurusan dengan syiling error...