Rabu, 22 Februari 2012

SYILING BERBICARA 5 (1 SEN 1970)

Syiling buatan kilang Hamburg Mint,Germany ini terus menjadi goreng pisang panas macam  hamburger disana juga. dengan jumlah tempaan sebanyak 2,535,000 menjadikan syiling 1 sen 1970 ini sangat sukar dijumpai.Syiling buatan negara asal kereta VW  ini juga dapat dikenali secara mudah dgn pemerhatian pada rimnya yg agak tebal sedikit selain tempaannya yg cantik dan kemas.

        Pemburuan syiling 1 sen 1970 ini menjadi semakin sukar sejak BNM menarik semula syiling 1 sen dari edaran dan tidak lagi mengeluarkan syiling 1 sen dalam siri ke3.Bagi pengumpul yg idamkan syiling 1 sen terpaksa mengatur langkah panjang apa tah lagi untuk mencari syiling 1 sen siri pertama atau Parlimen.Bila dijumpai siri Parlimen,terpaksa pula bertungkus lumus mencari syiling 1 sen 1970 yang paling kecil pengeluarannya.

         Mengikut pendapat pakar2 numismatik Malaysia,terdapat juga syling 1 sen 1970 yg diperbuat dari copper clad steel  selain dari logam copper yg menjadi logam biasa syiling ini.Spesifikasi syiling copper:


                        Berat :   1.9500 gm

                        Diameter :18 mm

                       Ketebalan : 1 mm
 
         Mr Dickson Niew pernah menulis bahawa hingga sekarang hanya tiga keping syiling 1 sen 1970 copper clad steel yg dapat dikesan.Pemburuan syiling ini hanya memerlukan magnet kerana perbezaan utama antara syiling copper dan copper clad steel ialah syiling2 copper tidak lekat magnet dan sebaliknya pada syiling copper clad steel,keadaan ini terbalik pada syiling keramat 1 sen 1976 copper yg sedang menjadi fokus pengumpul kini kerana syiling 1976 biasa adalah copper clad steel manakala syiling bertuah adalah dari bahan copper.

        Bila melihat harga terkini dalam ebay,harga syiling 1 sen 1970 yang ditawarkan mencecah rm118 dan sebanyak 23 bit direkodkan pada 21.2.2012,bererti pembida terakhir itu sanggup membayar harga rm150.00.Depankanta mengagak harga ini akan terus meningkat dgn mendadak dan tidak mustahil  nilai logam syiling 1 sen 1970 ini sama atau lebih dari nilai emas tulin suatu hari nanti.


                                      1sen 1970 copper
     



                               ebay 21.2.2012