Rabu, 26 September 2012

KOLEKSI DOUBLED DIES SYILING MALAYSIA

         Syiling doubled die merupakan pelupor kepada syiling2 error dan varieti.Sebelum penemuan syiling DDO LINCOLN CENT 1955 Koleksi para numismatis hanya bertumpu kepada syiling2 klasik dan koleksi yg sukar dijumpai.Dengan penemuan syiling 1 sen DDO pada tahun 1955 telah menempa sejarah dan menimbulkan minat baru dikalangan ahli2 numismatik,mereka mula memperbagaikan koleksi dengan syiling2 error dan varieti.

         Pada awal penemuan syiling error,kalangan ahli2 numismatik USA telah berbelah bagi samada untuk menganggap syiling2 error sebagai koleksi istimewa yg kolektibal atau melupakannya sahaja.Kelab2 peminat syiling error mula ditubuhkan dan pada tahun 1983 bila
 Combined Organizations of Numismatic Error Collectors of America (CONECA).ditubuhkan,syiling2 error mula diberi perhatian oleh pakar numismatik.Bermula dari penubuhan CONECA ini syiling2 error telah mula mendapat premium yg tinggi, hari ini ianya boleh mencecah ribuan USD bagi sekeping syiling error yg dilelong...

        
            Kita di Malaysia masih belum terlambat untuk menyertai ahli2 numismatik antarabangsa dalam mempergiatkan bidang syiling error..Dgn  pendedahan yg aktif baru sekitar tahun 1980an diperingkat antarabangsa tentu masih banyak yg dapat kita meyumbang untuk perkongsian maklumat dan pengetahuan berkaitan syiling error.Tinjauan dalam laman2 web syiling error antarabangsa mendapati banyak juga syiling2 error dari Malaysia yg dijadikan spesimen untuk kajian..Tentu kita yg berada di disini lebih layak untuk mengkaji syiling2  kita sendiri.


 
             Setelah beberapa tahun pencarian,depankanta sempat kumpulkan beberapa spesimen syiling Malaysia varieti Doubled Dies.Varieti DD ini semakin diberi perhatian oleh pengumpul2 Malaysia memandangkan semakin hari semakin sukar untuk menemuinya sedangkan minat orang ramai  terhadap bidang numismatik semakin meningkat.




                DDR 5 SEN 1976
         
                 DDO 5 SEN 1977

               DDR 1 SEN 1980

             DDO 1 SEN 2004

            DDO 10 SEN 2007 V1

     DDO 10 SEN 2007   V2


      DDO 10 SEN 2007   V3

           DDO 5 SEN 2009

          DDR 5 SEN 2008
          
            DDO 50 SEN 1984


           DDR 50 SEN 2009

       DDR 20 SEN 2008

    DDR 5 SEN 2009

        DDR S3M 10 SEN 2012 (?)


           Antara koleksi syiling2 Malaysia Doubled Dies yg sempat depankanta kumpulkan.Tentu masih ada spesimen DD  syiling Malaysia bagi ketiga2 siri yg masih belum dijumpai dan menunggu kita semua menyelongkar syiling yg ada dalam edaran ......



                    Premium syiling error pertama Lincoln cent 1955 yg dikenali dgn nama "King of errors"ini pada tahun 1960 harganya dijual sekitar 1 USD sahaja sekeping....Hari ini ianya telah mencecah 3.000 USD sekeping..Lelongan terkini di Ebay telah dibuka dgn harga 2,325 USD atau RM7,092.

    Adakah Premium bagi syiling2 error Malaysia juga akan terus meningkat begini?........