Khamis, 27 Oktober 2011

BEBAYANG DIE CLASH

Die clash errors yg dijumpai pada syiling 1 sen sangat menarik,berbagai keadaan telah dijumpai dan dipamirkan oleh pengumpul.Biasanya kita lihat kesan die clash adalah jelas dan ketara,kita dapat melihat sedikit tebing telah terbentuk pada imej syiling begini akibat ditempa dengan die yg telah berlaku "perlanggaran".Kedalaman imej pada syiling adalah bergantung pada kekuatan perlanggaran yg terjadi.
      Tidak semua die clash errors menampakkan kesan yg sama,sekiranya perlanggaran antara die berlaku hanya tersentuh sedikit sahaja maka kesannya juga hanya bebayang imej yg dapat dilihat pada syiling.

                            Syiling 1 sen 2005,imej die clash kelihatan bebayang sahaja

                     Bahagian muka juga kelihatan penampilan bebayang  imej yg sama

                            Kesan die clash ini kelihatan mendatar sahaja tanpa bertebing...

            Berlainan dengan yg biasa dijumpai,imejnya ketara tenggelam dan bertebing.