Isnin, 5 November 2012

DIE CHIP YANG DAHSYAT

         Die chip error yang terjadi pada syiling 1 sen 2004 dan 2005 biasanya tidak begitu menarik perhatian pengumpul syiling error untuk berbicara mengenainya.Entah kenapa syiling-syiling 1 sen 2004 dan 2005 banyak dijumpai dengan kesan die chip error.

        Antara banyak koleksi yang ada akan terselit sekeping dua yang agak istimewa dan sewajarnya ditampilkan untuk perkongsian..

            Die chip pada bahagian belakang syiling 1 sen 2004 ini dibiarkan membesar,......

               Walaupun die chip pada syiling 1 sen 2004 tidak begitu dipedulikan tetapi bila terjumpa yang sangat cantik seperti ini tentu pengumpul akan terbuka mata luas..depankanta sedang mengesan syiling2 lain yg termasuk dalam susunan die progressive syiling ini....

               Pada bahagian muka syiling ini tiada kesan error....

              Die chip pada syiling 1 sen 2004 agak mudah dijumpai namun untuk yang bergred tinggi sewajarnya disimpan untuk masa depan......

            Berbagai formasi yg terjadi dapat dilihat pada die chip 2004,menyimpannya secara teratur mengikut die progressive adalah satu kepuasan.....